Rambut Harum Dan Segar Sepanjang Hari Bersama Carrie Junior Odour Buster

Ogos 13, 2018
Rambut Harum Dan Segar Sepanjang Hari Bersama Carrie Junior Odour Buster | Pernah alami tak bila bau yang kurang menyenangkan hadir dari kulit kepala dan rambut mana-mana anak buah ataupun anak korang sendiri yang berpeluh akibat bermain dekat luar ataupun setelah balik dari sekolah?? Pening lalat jugalah ciktie kadang-kadang tu bila ada dekat anak buah yang semakin aktif sekarang ini. Nak-nak bila diorang itu seperti minta dipeluk alahai haha 

Satu-satunya cara untuk menghilangkan bau yang tidak menyenangkan ini adalah dengan memastikan mereka mencuci rambut mereka selepas bermain dekat luar. Ini penting bagi mengekalkan kebersihan rambut agar dapat mengurangkan risiko jangkitan kulit kepala selain memastikan mereka berbau segar. 

Carrie Junior Odour Buster

Penting bagi setiap ibubapa untuk mengetahui bahawa syampu orang dewasa tidak digalakkan untuk kegunaan kanak-kanak. Penggunaan syampu orang dewasa pada kanak-kanak akan menyebabkan masalah kulit kepala dan rambut terutama bagi kanak-kanak berumur antara 6-12 tahun. Disebabkan kulit kepala dan rambut kanak-kanak yang halus amat sensitif, maka cara yang terbaik adalah menggunakan syampu yang dirumus khas agar rambut dan kulit kepala yang sihat dapat dikekalkan.


Carrie Junior Odour Buster

Memahami keperluan kanak-kanak terhadap produk yang lembut dan selesa pada kulit, CARRIE JUNIOR telah memperkenalkan CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER, iaitu syampu yang selamat di gunakan setiap hari dan mampu memberikan keharuman pada rambut sepanjang hari. Ia merupakan syampu baharu yang di rumus khas bagi menghilangkang bau yang tidak menyenangkan secara berkesan, tanpa mendatangkan kesan buruk pada rambut dan kulit kepala. 

Carrie Junior Odour Buster

Dengan aroma buah-buahan yang berkekalan selama 24 jam, semestinya si kakak kekal segar dan berbau wangi walaupun setelah seharian bermain dan berseronok di luar rumah. Diperkaya dengan minyak zaitun, produk ini dapat menyuburkan dan melembutkan rambut agar mudah di urus dan di sikat. 

Carrie Junior Odour Buster

CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER hadir dalam aroma Perky Peach Fruity Burst yang cukup menyenangkan serta mempunyai pH seimbang, lembut dan tidak menghakis. Sesuai sangat untuk kegunaan seharian. Ia boleh didapati dalam dua saiz, iaitu pek 280g yang dijual pada harga RM10.10* di Semenanjung Malaysia dan RM 10.60* di Sabah & Sarawak. Manakala CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER yang bersaiz 700g dijual pada harga RM20.70* di Semenanjung Malaysia dan RM 21.70* di Sabah & Sarawak. 

Carrie Junior Odour Buster

Rangkaian produk CARRIE JUNIOR ini boleh didapati di kedai runcit, pasaraya, pasaraya besar dan farmasi utama seluruh negara. 

Dan kini, tiada masalah lagi untuk memeluk si kecil kita selepas mereka bermain walaupun berpeluh namun mereka masih kekal segar dan berbau aroma buah-buahan sepanjang hari! 

*Harga tertakluk kepada perubahan berdasarkan cukai yang akan diumumkan oleh Kerajaan. 




Tentang CARRIE JUNIOR
CARRIE JUNIOR merupakan rangkaian premium penjagaan diri si manja yang membantu merapatkan hubungan ibubapa dengan si manja melalui waktu mandian yang menyeronokkan. Rekaan pembungkusan yang menarik dan berwarna-warni membantu kanak-kanak mencetusi maginasi di dalam bilik mandi.

Rangkaian CARRIE JUNIOR di formulasikan dengan Fruito–E, kombinasi ekstrak buah semulajadi yang diperkaya dengan nutrient dan vitamin bagi membantu menyuburkan, melembapkan dan melindungi rambut dan kulit lembut si manja. Rangkaian CARRIE JUNIOR memberikan anda pelbagai pilihan wangian buah-buahan bagi memastikan si manja sentiasa berbau segar dan bersih sepanjang hari.  Carrie Junior yang bertindak membersih dengan lembut dan efektif ini sangat sesuai untuk kegunaan harian.

Diiktiraf  HALAL, rangkaian Carrie Junior termasuklah Baby Bath, Baby Shampoo, Hair & Body Wash, Baby Powder, Baby Lotion and Baby Oil. Ia juga hadir bersama baubuah-buahan yang digemari kanak-kanak.

Share this :

Previous
Next Post »

8 ulasan

  1. Wangikan shampoo nie..fiqa suka cium rambut anak-anak lepas guna shampoo nie..hihi

    BalasPadam
  2. Ceria dia dapat mandian carrie junior

    BalasPadam
  3. Owh boleh beli untuk anak saudara zumal ni...

    BalasPadam
  4. Anak saya pun pakai Carrie Junior jugak :D

    BalasPadam
  5. seronok dia.. hehe.. memang wangi :)

    BalasPadam
  6. Anak saudara zumal pun guna carrie Junior dah

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com