Terima Kad Raya Lagi

Julai 28, 2018
Terima Kad Raya Lagi | Walaupun bulan Syawal dah hampir 2 minggu berlalu, tapi nampaknya kita masih lagi terima kad raya tau #janganjealous 😄😄 haha macamlah korang pun dah tak terima dah kan 😅

Sebenarnya macam tak percaya tahun ini aje kita terima kad raya lebih dari 5 keping !  Antara kad raya yang kita dah terima tu, boleh tengok kat > sini < dan mungkin yang dari Dunia Shida ini yang terakhir atau mungkin ada lagi kot lepas ni. Siapa tahu kan. 


Ada kelainan sikit pada kad raya Shida tahun ni berbanding tahun sudah ! Kalau tak silap masuk tahun ini, dah 3 tahun kita terima kad raya dari owner Dunia Shida ni. 2 keping kad raya tu sama dan yang ni lain sikit dari segi warna pun. Makin comel di pandangan mata kasarku. Biru ianya ini benar-benar menyenangkan hati. I like it !! Terima kasih Shida dan terima kasih kawan-kawan blogger yang lain semua. Semoga ukhwah kita yang terjalin di alam maya ini berkekalan. Aamiin.


Amacam ?? Comel kan fridge magnet ni. Rasanya kalau siapa yang dah terima kad raya dari Shida kali ni mesti terima fridge magnet yang cute miut ni juga kan..






Share this :

Previous
Next Post »

6 ulasan

  1. wah... syoknyer cik tie dpt kad raya....

    BalasPadam
  2. Wah, ada lagi kad raya yer. Cantik...

    BalasPadam
  3. kad raya adalah cara paling lejen untuk mengucapkan selamat hari raya kepada orang yang jauh...

    nilai sentimentalnya masih utuh dan kuat kepada sesiapa yang boleh menghargainya

    BalasPadam
  4. wahh dapat lagi kad raya! saya tahun ni satu kad je dapat :)

    https://aerillhassan.blogspot.com

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com