Business Appreciation Day at Holiday Villa Hotel & Suite Kota Bharu

Julai 19, 2018
Business Appreciation Day at Holiday Villa Hotel & Suites Kota Bharu | Bulan April lalu ciktie dan beberapa orang blogger dari #teambpt telah menghadiri event Business Appreciation Day bertempat di Topaz Ballroom, Holiday Villa Hotel & Suites Kota Bharu. Sepatutnya entri ini dah lama dikeluarkan tapi tah camne ia termasuk dalam draf pula. Jadi kita keluarkan juga walaupun lambat ye.

Sebelum itu, ciktie nak ucapkan terima kasih kepada semua team HVKB kerana menjemput kami #teambpt untuk join sama memeriahkan event itu. Terima kasih juga dengan layanan baik yang diberikan. Semoga kolaborasi itu dapat diteruskan lagi. In Shaa Allah, aamiin.

Business Appreciation Day

Sebenarnya itu kali pertama ciktie pergi sana dan pertama kali juga join program seumpama itu. Sebelum ini masuk hotel kalau bukan untuk makan-makan, ciktie join kursus takpun terlibat dengan program anjuran kat tempat kerja. Jadi program tu agak berlainan sikit dengan apa yang ciktie pernah buat.

Majlis yang dirancang bermula lewat sikit. Jadi sempatlah ciktie ushar-ushar sekitar Topaz Ballroom tu sekejap. 😅ok juga tempatnya tu. Besar dan luas juga.. boleh memuatkan kapasiti sehingga 250 orang. Ramai juga tu. Staff diorang pun friendly. Kedudukannya pun strategi di tengah-tengah diantara pusat bandar. Nak cari pun tiadalah susah mana.

Business Appreciation Day

Semasa event tu, Ciktie suka sangat dengan persembahan tarian dari artis Jaa Jastera lagipun sebelum ini artis Jaa Jastera itu pernah membuat persembahan untuk event office dan pertunjukan busana pengantin dari Qaseh  Butik tu. Cantik ! Lemah gemalai je lengkok tarinya. Busana pengantin yang diperagakan pun tak kurang hebatnya juga tapi ciktie lebih suka yang biru kembang itu. Cantik je 😍😍 

Business Appreciation Day

Business Appreciation Day


Sebenarnya majlis itu diadakan adalah sebagai menghargai semua badan korporat/agensi/jabatan kerajaan dan swasta serta wakil media yang telah banyak menyokong pengoperasian HVKB selama itu. Majlis itu pun telah berlangsung dengan cukup meriah. Dan antara VVIP yang turut hadir dalam majlis itu adalah termasuklah :-

  • Encik Hafiz Hazim, Pengarah Tourism Kelantan
  • Encik Mohd Nik Faizal Nik Kamarudin, Pengarah Mida Kelantan
  • Encik Shahrin Abdullah, Pengarah MIDF
  • Encik Roslan Yaacob @ Omar dari Angkasa Kota Bharu
  • Encik Mohd Shaufi, General Manager Holiday Villa Hotel & Suites
  • Encik Hafez Munir Ahmad, Operation Manager Holiday Villa Hotel & Suites
  • Puan Hamidah Salleh, Timbalan Pengarah Pencegah SPRM, Kota Bharu




Selain sebagai tanda menghargai sokongan yang diberikan, program itu juga bertujuan untuk memperkenalkan promosi yang disediakan oleh HVKB sebenarnya. Banyak juga sebenarnya promosi yang diorang sediakan. Rupanya kita je yang tak tau sangat tapi dengan adanya kolaborasi seumpama ini, apa-apa hebahan yang sepatutnya dihebohkan dapat dipanjangkan lagi kepada kita-kita yang kat luar ini. Dapatlah tahu serba sedikit infonya kan 😆

Antara promosi yang ditawarkan oleh pihak #HVKB adalah seperti berikut. Tapii ada antara promosi itu telah ciktie kongsikan dengan korang sebelum ini. Apapun sebelum itu ciktie nak perkenalkan korang dengan HVKB ni dulu. Bagi siapa yang sudah mengetahuinya ok ciktie taknak ulas apa-apa tapi bagi yang tidak mengetahuinya semoga info ini sedikit sebanyak dapat membantu.


Holiday Villa Hotel & Suites Kota Bharu, Kelantan terletak hanya di sebelah jalan je dengan Wakaf Che Yeh, iaitu satu kawasan tarikan pelancong di Negeri Kelantan ni, untuk apa lagi kalau bukan shopping kan.

Merupakan hotel bertaraf 4 bintang di Negeri Kelantan. Mempunyai kemudahan 108 bilik tetamu yang dilengkapi dengan kemudahan internet percuma, kolam renang, gimnasiuma dan banyak lagi. Memang satu kawasan strategik terletak di pusat bandar. 11km je jaraknya dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) dan 5km dari pusat bandar Kota Bharu. Staffnya mesra pelanggan dan yang paling penting harga yang ditawarkan pun berpatutan.




Promosi yang ditawarkan
Card privilage
Dengan hanya rm480 korang akan mendapat banyak privilage yang ditawarkan oleh pihak #HVKB. Contohnya dapat bilik percuma sempena ulang tahun (birthday), akses pool percuma tanpa bayaran dan banyak lagi.



General (PRU)
Promosi ini diadakan pada 9 Mei 2018 (sehari je) sempena hari membuang undi. Dan cerita mengenainya telah ciktie kongsikan dekat Promosi Khas Sempena PRU '14


Promosi sempena bulan puasa 
Promosi yang berlangsung dari hari pertama puasa hinggalah puasa terakhir iaitu sepanjang bulan puasa. Promosi 9+1 (datang 10 orang 9 yang kena bayar seorang free). Yang ini pun ciktie dah kongsikan dengan korang semua termasuk buffet Ramadhan yang pihak #HVKB sediakan dengan sini !


Promosi FIFA
Yang ini tak sempat nak share dengan korang. Sedar-sedar World Cup dah habis. Minta maaf ye. Sebenarnya Sempena World Cup, pihak HVKB  ada menyediakan perkhidmatan skrin layar kepada pengunjung yang mengunjungi HVKB untuk sama-sama menyaksikan perlawanan piala dunia. Bayaran yang dikenakan hanyalah rm10 je tak silap. Tapii  world cup dah habis dah 

Promosi sepanjang masa
Steambot ! Sebenarnya ia bergantung kepada permintaan pengunjung. Dengan harga rm28 korang bebas menikmati hidangan ini bila-bila masa. Nak sekarang pun boleh.


Jadiii, inilah serba sedikit info yang boleh ciktie kongsikan dengan korang untuk kali ini. Untuk maklumat lanjut berkaitan Holiday Villa Hotel & Suites dan promosi mengenainya layari http://www.holidayvillahotels.com/malaysia/kota-bharu/holiday-villa-kota-bharu/





Share this :

Previous
Next Post »

1 ulasan

  1. menarik! in shaa Allah kalau berkesempatan nk ke kelantan nnti boleh pgi hotel ni :)

    Aerill Hassan

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com