Review Facial Mist Hydrating & Soothing By M&T Cosmetic - Ciktie Dot Com

Breaking

Sunday, June 3, 2018

Review Facial Mist Hydrating & Soothing By M&T Cosmetic


Review Facial Mist Hydrating & Soothing By M&T Cosmetic | Best juga guna Facial Mist ni. Sebaik saje spray, terasa ia terus meresap ke dalam kulit. Ok jugalah ianya ni. Diformulasi dari bahan semulajadi yang tidak memudaratkan kuli malahan ia menyebabkan kulit kita tampak lebih segar. Memang sesuai sangat untuk kulit kita yang tak berapa nak segar ni. Tapi kalau ada luka-luka jerawat tu memang terasa pedih sikit la. Bau ia pun best. Bau fresh bunga segar..rilex je rasa.


Dah beberapa kali guna ni. Memang best sangat. Terasa mint je seluruh wajah setiap kali spray. Rupanya Facial Mist ni bukan je untuk segarkan wajah, tegangkan kulit, seratakan make up je tapi ia juga boleh cerahkan kulit, hilangkan parut, jerawat, jeragat semua tu juga. Memang bertuah sangat kita tersenarai dalam ramai-ramai orang untuk menangi Facial Mist ni hari tu. Cuma itulah baru hari ini berkesempatan update ianya dekat sini.


Tapi untuk dapatkan hasil terbaik kita kenalah guna ia dalam  2 kali sehari selepas cuci muka. Mungkin sekali sebelah pagi dan sekali lagi sebelum tidur malam tu kot kan??

Tapi ciktie guna sekali je sehari. Itupun sebelah malam sebelum tidur. Nak jimat sikit. Lagipun sebelah pagi tu kalut sikit nak-nak masa bersiap nak pergi kerja tu. Inipun dah nampak kesan positif ianya tau. Kulit wajah terasa lebih licin, halus, tegang, sekata. Sapu krim dan berbedak pun tak perlu banyak-banyak sangat dah hikhik.


Antara kandungan utama Facial Mist Hydrating Soothing By M&T Cosmetic adalah :-

  • ALOE VERA
-Melembapkan kulit
-Mengurangkan jerawat
-Merawat parut jerawat
-Membantu masalah penuaan kulit
-Melegakan selaran matahari


  • TOMATO
-Mengecilkan liang roma
-Mengecutkan jerawat
-Mengatasi kulit berminyak
-Menyerikan wajah
-Jeragat jadi pudar


  • EKSTRAK KUPASAN MANDARIN (VITAMIN C)
-Menegangkan kulit muka
-Menyegarkan kulit
-Mencerahkan muka
-Membantu dalam penghasilan kolagen
-Mempunyai antioksidan yang kuat

Harga sebotol ianya ni dalam rm60 untuk semenanjung Malaysia dan untuk Sabah Sarawak rm65. Kira harganya mahal sikitlah. Itupun belum termasuk postage lagi. Tapi seriously memang berbaloi kalau korang dapatkan produk ini sekarang. Kesannya kita dapat lihat seawal sehari je tapi ianya bergantung kepada kulit wajah kita jugalah.

Dan sekiranya korang berminat nak jadi agent dropship, stokis pun boleh tau. Manalah tahu kan sambil-sambil nak buat site income hubungi je talian tertera ini ye.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Facial Mist atau apa-apa produk keluaran M&T Cosmetics korang boleh hubungi :-
Aida Natural Resources
Facebook : M&T Cosmetic
Website : www.mntcosmetics.com
Phone : 017-6033580




4 comments:

  1. i may not want to try it but the packaging is cute laaa

    ReplyDelete
  2. seronok pakai facial mist, muka sentiasa segar ...

    ReplyDelete
  3. Rasa nak cuba juga la produk ni

    ReplyDelete

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Adbox