Breaking

Saturday, May 12, 2018

Thalia Mermaid by SofeaRose

Thalia Mermaid by SofeaRose | Material kainnya jenis chiffon premium yang berkualiti tinggi ! Lembut, Tidak nipis dan tidak terlalu tebal. Tidak licin. Tidak panas, bersaiz besar membolehkan ia digayakan dengan pelbagai cara mengikut kreativiti si pemakai. Warnanya yang soft dan bercorak abstrak kelihatan cukup ekslusif digayakan untuk ke acara formal ataupun bersantai. Dan yang paling penting ia senang nak dibentuk !!


Pertama kali mengayakannya pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan JasaMu Dikenang penghujung bulan lalu. Memang meleset habis tanggapan awal tentangnya. Ialah sehingga setakat ini ciktie masih lagi setia dengan tudung bawal yang senang nak bentuk dan menyebabkan ciktie sentiasa yakin dengannya tup-tup untuk majlis itu nak ubah selera hehe. Kebetulan pula warna tudung Thalia Mermaid yang ciktie dapat ini kena dengan warna tema majlis itu. Kalau nak tahu lagi untuk majlis itu, ciktie sebenarnya dah sediakan siap-siap 2 tudung lain bersama tudung ni sebagai back-up!

Tudung saiz besar


Tapi sebaik saje mengenakannya. Ya beda-bedu haha Ciktie happy sangat korang. Walaupun ia jenis chiffon tapi tak mudah jatuh. Tak licin, tak berat. Tak perlu nak selit pin kat atas kepala nak cover takut ia meleret jatuh! Lepas itu, ia senang nak bentuk. Sebab saiz ia besar kita lilit macamana pun bahagian belakang dan depan tetap juga labuh. Jadi tak perlu nak tarik lebih-lebih dah bahagian depan atau belakang tu. Pendek kata tudung Thalia Mermaid ini betul-betul menyenangkan ciktie la hari tu. Penampilan diri pun lebih confident. Tak adalah sekejap-sekejap nak tengok cermin. Nak tengok tudung jadi tak, senget tak. Terima kasih SofeaRose bagi ciktie tudung ni..


Thalia Mermaid ini mempunyai 6 koleksi warna-warna segar iaitu bayu biru, pelangi pastel, istana pasir, bengkak kuning, karang bata dan juga baby berangin. Yang ciktie punya rasanya warna bayu biru. Unik-unik nama warnanya ni pun hehe. Dan korang yang dekat luar sana, jangan lambat-lambat dapatkan tudung koleksi SofeRose ini. Siapa lambat memang tak dapat la. 

Diinspirasikan dari Puteri Duyung (Mermaid) yang merupakan seorang wanita yang sangat cantik ! Berwatakan lemah-lembut, penyayang serta periang yang membuatkan ramai mengaguminya. Siapa tak kagum kan? Dah la cantik..baik pula.


Mermaid SofeaRose Hadir Demi Penyu !
Iya, memang betul !! Korang memang tak salah baca. Populasi penyu yang semakin menurun dan ini menunjukkan bahawa kepupusan penyu bukan perkara mustahil. Takmaulah nanti kita atau bakal anak-anak kita hanya kenal penyu dekat muzium je. Nak juga kenal secara real kan. Jadi, bagi meningkatkan kesedaran terhadap ancaman yang dihadapi penyu, SofeaRose telah berkerjasama dengan Unit Penyelidikan Penyu Universiti Malaysia Terengganu (SEATRU) dalam kempen memulih dan memelihara penyu. 

Dengan menjadikan penyu sebagai anak angkat. Memasuki tahun ke-4 SofeaRose dalam industri ini, ia telah mengambil inisiatif menghasilkan koleksi pakaian bertemakan Puteri Duyung (Mermaid) bagi mengumpul dana untuk program ‘SEATRU – Adopt a Turtle’. Wang itu nanti akan digunakan untuk proses pemuliharaan penyu seperti memantau pergerakan penyu, melindungi habitat, membeli peralatan veterinary dan banyak lagi. Terima kasih SofeaRose kerana telah mengambil inisiatif ini.


Kalau nak tahu SEATRU itu telah bermula pada tahun 1984 lagi apabila penyelidikan Penyu Belimbing di Rantau Abang dimulakan. Mengikut kajian, secara purata hanya 1 dari 5000 anak penyu akan hidup sehingga ke peringkat dewasa kerana ancaman dari pencemaran laut, pemburu penyu, haiwan pemangsa, dan lain-lain. 

Bagi membela nasib alam semulajadi ini, SofeaRose akan menyumbangkan sebahagian jualan dari koleksi Mermaid kepada program ‘SEATRU – Adopt a Turtle’ bagi menyokong pemuliharaan penyu. Seronok kan selain kita dapat miliki koleksi tudung mermaid dari SofeaRose ni, kita juga turut menyumbang kepada pemuliharaan hidupan laut seperti ini. Nak  tunggu kita sumbang banyak-banyak memang tak adalah kan.

Ciktie

Ciktie

Salah satu dari koleksi tudung SofeaRose ini juga adalah Diona! Ia diperbuat daripada Satin Matte berteknologi tinggi. Tudung bercetak ini boleh didapati dari harga RM79 dan ia dilengkapi dengan charm dan kotak yang dibuat khas untuk koleksi ini. 

Ciktie

Cantikkan kotaknya ini. Kalau bagi hadiah buat insan tersayang mau tersenyum lebar si dia tu. Tapi kalau si dia yang bagi ciktie tudung yang ini lagi-lagilah ciktie happy hehe. Gedik la pula haha. Bagi mencuba sesuatu yang baru, SofeaRose telah merakamkan video Puteri Duyung memakai tudung Diona berenang di dalam air. 


Selain koleksi tudung, SofeaRose juga mengeluarkan koleksi Ready To Wear (RTW) dan 13 Baju Raya Mermaid antaranya Baju Mini Kurung, Baju Kurung Moden, Jubah, Baju Kurung Kedah dan beberapa lagi. Koleksi Mermaid SofeaRose ini berharga dari RM59 hingga RM419. Macam yang ciktie bagitau sebelum ini sebahagian dari duit yang korang belanjakan itu akan digunakan untuk tujuan pemuliharaan penyu. 

Ciktie dot com


Cara pembelian
Pembelian boleh dilakukan melalui tiga cara iaitu :- 

  • Hubungi Penasihat Imej (Teha) di 019 – 6350313; atau
  • kunjungi sendiri butik SofeaRose di Bangi Sentral; atau
  • Layari  sesawang www.sofearose.com


Dengan setiap pembelian RM100 keatas, pelanggan secara langsung akan didaftarkan sebagai Ahli SofeaRose dengan PERCUMA seumur hidup dan mendapat potongan 20% untuk setiap koleksi SofeaRose. Menarik kan!!

Untuk dapatkan maklumat lanjut berkaitan SofeaRose ataupun koleksi terbaru SofeaRose, boleh layari



11 comments:

  1. cantiknya :*

    jom support shu https://www.shuhaidasaad.com/2018/05/shuhaidasaadcom-2nd-giveaway.html

    ReplyDelete
  2. memang best material dia!in love!

    ReplyDelete
  3. cantikkknya tudung ni..comel akak pakai

    ReplyDelete
  4. Cantik, nampak eksklusif, warna pun sejuk mata memandang. 😀

    ReplyDelete
  5. Sofearose memang tak pernah tak lawa...

    ReplyDelete
  6. Setujuu sanat dengan review di atass, hehe~
    Nampak ayu je...ciktie..ngam ngan apa apa event kan

    ReplyDelete
  7. cantik2 la warna dia..soft je..

    ReplyDelete
  8. cantik2 la warna dia..soft je..

    ReplyDelete

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Adbox