Sinopsis Drama Nur Slot Samarinda TV3 - Ciktie Dot Com

Breaking

Friday, May 18, 2018

Sinopsis Drama Nur Slot Samarinda TV3


Drama 19 episod ini telah mula ditayangkan pada 14 Mei lagi menghiasi slot Samarinda di TV3. Hari ini dah 18 Mei maknanya yang semalam ditayangkan tu adalah episod ke-4 la kan?? Sebenarnya drama ini baru malam kemarin ciktie tengok ! Best juga jalan ceritanya ni. Staill islamik dan ada pengajaran ! memang sesuai sangat ditayangkan dalam bulan Ramadan ni nak-nak pula heronya Syafiq Kyle dan heroinnya Amyra Rosli. Ada pula Dato' Jalaluddin Hassan hehe. Ini adalah kemunculan pertama Amyra Rosli selepas melahirkan anaknya tu..kurus je dia ni sama macam sebelum ini juga :) 


Sinopsis Drama Nur (Samarinda TV3)

Mengisahkan Adam (Syafiq Kyle), seorang ustaz muda yang terkenal dengan ilmunya, mempunyai rupa paras yang kacak dan merupakan anak lelaki kepada penceramah bebas yang cukup terkenal iaitu Datuk Ayah Haji Mukhsin lakonan Dato' Jalaluddin Hassan. Sekembalinya ke Malaysia banyak tawaran pekerjaan yang diterimanya. Adam bakal ditunangkan dengan Qhadeeja, seorang doktor muda yang juga anak kepada seorang usahawan terkenal yang cukup rapat dengan Datuk Ayah Haji Mukhsin. Adam terpaksa bersetuju untuk bertunang dengan Qhadeeja kerana tidak mahu menyusahkan dan menghampakan keluarganya. 


Ketika memberi kuliah di masjid, Adam sering mendapat soalan daripada pengirim misteri. Rupanya soalan itu datangnya dari Nur, seorang pelacur yang mempunyai minat yang mendalam untuk mendalami agama IslamLama-kelamaan, mereka jatuh cinta kerana agama dan Allah SWT. Namun hubungan mereka mendapat tentangan hebat daripada keluarga dan masyarakat huhu sedihnya. Nak tahu apa yang berlaku seterusnya kenalah layan drama ini ye. Ciktie sendiri pun tak sabar nak tunggu kesudahan kisah mereka ini. Berjayakah mereka untuk hidup bersama??


Jangan lupa saksikan sendiri drama ini setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di TV3.









2 comments:

  1. Sesuai drama ni untuk Ramadhan, nanti nak tengok la..

    ReplyDelete

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Adbox