PRU'14 - Ciktie Dot Com

Breaking

Thursday, May 10, 2018

PRU'14


PRU'14 | Alhamdulillah, petang tadi dah selesai semuanya. In Shaa Allah, bertemu lagi 5 tahun akan datang. Siapapun yang bakal membina kerajaan yang bakal diumumkan sekejap lagi. Ciktie nak ucapkan tahniah. Laksanakanlah amanah yang diberikan oleh rakyat Malaysia sebaiknya dan tunjukkanlah bukti selayaknya anda memang layak dipilih !!

Sabar menunggu

Tah kenapa malam ini terasa berdebar semacam pula menunggu keputusan penuh secara rasmi pilihanraya kali ini. Risau pun ada ! Memang banyak kejutan PRU kali ini berbanding pru sebelum ini dari segi rampasan kerusi.

Sesi pengundian hari ini bermula pukul 8.00 pagi sehinggalah 5.00 petang. Dan seawal pagi,  setiap warga Malaysia seluruh negara telah keluar menunaikan tanggungjawab untuk memilih. Rasanya semua dah keluar dan dah pun mengundi kan?? Eehhh tapi rasanya ada juga yang tak keluar tadi tu kan.. tapi ciktie memang respect sangat dengan setiap warga emas yang begitu bersemangat keluar mengundi seawal 8.00 pagi tadi. 

Masa tiba dekat pusat mengundi tadi ciktie perhati saluran 1 untuk warga emas dah beratur panjang dah! Ciktie punya saluran 2 memang sah-sah lah kena beratur panjang. Nasib baik akak polis tu suruh beratur dekat yang teduh. Tiadalah berpeluh sangat  tapi uintuk saluran 3 dengar katanya tak berapa ramai. Oklahh tiadalah kena beratur lama-lama. 

Bukti kukuh ! Dah selesai mengundi

Kemuncak orang keluar mengundi tadi dalam pukul 11 tengahari ! Tapi satu pun gambar kemeriahan  sepanjang pru tadi tak sempat nak snap. Nak cepat punya pasal. Yang ini pun gambar yang ciktie sempat share dekat group wassap masa mula-mula sampai pusat mengundi pagi tadi. Nasib baik juga seharian hari ini tak hujan tak ribut. Semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah..

Beratur sebelum membuang undi di salah satu pusat membuang undi 

Barisan saluran 1 seawal 8 pagi



3 comments:

  1. abam kie pun beratur panjang di saluran 2. dkt 90 min gak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makaii lama juga tu Abam Kie.. camtu bosan betul

      Delete
  2. Alhamdulillah selesai sudah kita memilih... Moga berpuas hati dengan pilihan...

    ReplyDelete

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Adbox