CikguAyu.My Bloglist - Ciktie Dot Com

Breaking

Sunday, May 13, 2018

CikguAyu.My Bloglist


Ciktie

Selamat berhujung minggu korang !! Alhamdulillah, hari ni ciktie cuti lagi. Korang pun sama kan?? Tapi ada juga yang dah masuk kerja kan hari ini?? In Shaa Allah, kalau tak sambung cuti esok dah masuk kerja cam biasa dah. Lagi 2 je lagi dah hari Rabu. Bermakna lagi 2 hari je lagi kita akan berada di bulan Ramadhan al-Mubarak. Sekejap je masa berlalu. Rabu minggu lepas baru je kita keluar sama-sama mengundi. Dan Rabu ni kita juga akan keluar sama-sama untuk tunaikan solat terawih pula. In Shaa Allah, moga setiap langkah kita dipermudahkan dan diberkati oleh-Nya. Aamiin.

Dua tiga hari ni, media sosial hangat memperkata serta mengulas tentang pru14 yang dah pun berlalu tu! Negara masih lagi hangat dengan berita perlantikan YAB Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7. Tahniah Tun 😄😄 Semoga Tun dipanjangkan usia dan dikurniakan kesihatan yang baik bagi membolehkan Tun mentadbir negara sebaiknya. In Shaa Allah, amiin. Cuma itulah ciktie tak sempat lagi nak update keputusan penuh pru14 tu. Blogger-blogger lain semuanya dah update siap-siap huhu. Slow-slow ciktie kejar ye hehe

Cuma untuk petang ni ciktie nak wish welcome back kepada cikgu ayu! Moga cikgu ayu boleh aktif balik seperti sebelum ini. Kejap on kejap off tu biasalah kan hehe. Ciktie tak pastilah sebelum ni pernah blogwalking atau tak dekat blognya tu. Tapi rasa macam familiar je nama cikgu ayu tu 🤔🤔 tapi tak apa. Kita follow balik ye.. Semoga ukhwah jalinan persahabatan alam maya ini dapat kita teruskan lagi ke alam realiti. In Shaa Allah, amiin.

Oh ye, sekarang ni cikgu ayu sedang mengumpulkan semula rakan-rakan blogger untuk dimasukkan dalam bloglistnya. Jadi kalau korang berminat nak masuk bloglistnya tu klik je banner atas tu je. 



6 comments:

  1. Salam singgah, follow done 😊😊😊

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, masih ada yang sudi beri semangat. Sudah masukkan blog Cik Tie di https://blog.cikguayu.my/. Kalau ada sahabat yang nak sertai juga, boleh komen di https://www.cikguayu.my/blogwalking-bersama-cikgu-ayu-2018/ 😍

    ReplyDelete
  3. Selamat bersegmen cik tie. Seronok kan join segmen macam ni. Boleh tambah kawan baru.

    ReplyDelete
  4. boleh lah nak join jugak. tq ciktie :D

    ReplyDelete
  5. Selamat bersegmen yer ciktie....

    ReplyDelete

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Adbox