Sinopsis Drama Zahir Tak Terucap

April 07, 2018
Firsttime layan cerita ni semalam.. Best juga ye. Sebelum ini bukan tak nak layan tapi tak sempat nak layan. Masa siarannya tak berapa nak kena hehe bukan apa sangat sebenarnya masa tu sibuk sikit je. Nak solat nak apa itu yang tak sempat.  Lagipun tv ada satu je. Kalau dah terlayan cerita Turki - night 1001 tu tak best la tengok kejap sana kejap sini. Poning den haha


Drama ni dibintangi oleh  (Hisham) dan Raysha Rizrose (Aishah) sebagai pelakon utama, ia turut dibintangi oleh Airel Zafrel, Chacha Maembong, Farisha Irwayu, Esma Daniel, dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Zahir Tak Terucap 

Mengisahkan 2 adik-beradik Hisham dan Haziq yang berasal dari Kuala Lumpur. Mereka telah bercuti di sebuah kampung di Terengganu dan berkenalan dengan seorang gadis kampung bernama Aishah. Dari situ bermulanya permulaan kisah mereka dan juga kisah kemusnahan serba kebangkitan hidup Aishah. 

Hisham memang mempunyai perasaan terhadap Aishah begitu juga dengan Haziq.  Dan kerana terlalu mengasihi abangnya, Hisham terpaksa menjadi kambing hitam dan mengakui segala kejahatan yang telah dilakukan abangnya sebelum Haziq meninggal dunia. Hisham rela berkorban demi menebus kesilapan abangnya.

Kini dia perlu mencari Aishah, cinta pertamanya yang dirogol abangnya sendiri  untuk bertanggungjawab. Namun misinya dihalang kedua-dua belah keluarga terutamanya keluarga Aishah. 

Kemudian datang pula si Aireen  bakal tunangnya yang mempunyai niat tersendiri. Apakah itu ?? Jom layan cerita ni sama-sama hehe Camtulah serba sedikit sinopsis cerita yang sedang menghiasi slot akasia TV3 setiap Isnin hingga Khamis, 7.00 malam tu.. 

Ni tak tahu episode keberapa dah hari ni. Keseluruhannya ada 13 episode. Tengok semalam geram pula dekat pakcik tu!  Sape tah namanya tu. Memang sesuai sangat jadi pakcik bawang..tapi ciktie konfius betul la dengan watak Airel tu. Dia ni jahat ke baik sebenarnya dalam ni. Apa kaitan dia dengan pakcik yang halang Ecah dari pergi bertemu Hisham tu pula? Aihhh nak tahu kena layan jugak cerita ni..

Sumber : modernmumthingy.com



Share this :

Previous
Next Post »

9 ulasan

  1. tak pernah layan cerita niiii. ramai review cerita ni sedap! haha. nnt marathon kat itnet jela

    BalasPadam
  2. Ooo gitu citernye, tak sempat tengok lagi...

    BalasPadam
  3. CR tengok kejap2 je drama ni. , geram jgk dgn pakcik bawang tu

    BalasPadam
  4. kwani pon tertengok sekejap time tu "Cuti" hii.. blh la layan sekejap..meme betol cik tie. siaran x berapa kena.. time maghrib jare buko tv hii

    BalasPadam
  5. tak layan drama ni...ada tgk sikit2 je..tapi tak baper nak paham...

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com