Ramadhan Buffet "Tradisi Nostalgia" Iftar 1439/2018M

April 27, 2018 6 Comments
Ramadhan Buffet "Tradisi Nostalgia" Iftar 1439/2018M
Ramadhan Buffet "Tradisi Nostalgia" Iftar 1439/2018M | Lagi sebulan je lagi kita bakal bertemu bulan Ramadhan Al-Mubarak. Ehhh dah tak sampai dah la ! Alhamdulillah, semoga kita masih berpeluang menikmati keberkatan bulan yang mulia itu, in Shaa Allah.

Ciktie

Bulan Ramadhan bulan penuh keberkatan, penuh kerahmatan dan juga penuh barokah. Banyak persiapan yang boleh kita lakukan sebagai persediaan menyambut Ramadhan. Antaranya usha-usha (survey) tempat untuk berbuka puasa, harga yang ditawarkan, jenis juadah berbuka bersama keluarga, sanak-saudara, teman-teman, sahabat-handai tu. Takmaulah nanti bila tiba masanya tu, tempat tu dah penuh orang book ataupun makanan tak cukup ke camne kan 😧

Jadi entri untuk kali ni ciktie nak kongsikan tentang Ramadhan Buffet "Tradisi Nostalgia" Iftar 1439/2018M yang ditawarkan oleh Holiday Villa Hotel & Suites Kota Bharu (HVKB) sempena menyambut ketibaan bulan Ramadhan tu nanti. Kebetulan pula baru-baru ini HVKB baru je mengadakan event Business Appreciation Day bagi menghargai sokongan yang diberikan oleh badan-badan korporat, jabatan/agensi kerajaan dan swasta serta  pihak media sepanjang pengoperasiannya.

Ramadhan Buffet "Tradisi Nostalgia" Iftar 1439/2018M
Chef Norhisham Mustapha

Tradisi Nostalgia Mengamit Kenangan
Bertemakan ''Tradisi Nostalgia" yang pastinya akan mengimbau kembali keenakan dan keunikan makanan tradisi masakan ibuanda. Nak-nak menu masakan Negeri Kelantan ini, walaupun ianya simple tapi ianya cukup mewah sebenarnya tau. Terbayang-bayang segala macam keenakan masakan ibu didepan mata ni. Sabar jelah sambil menelan air liur tu ye 😉 Dan pastinya inilah juga antara penyebab utama tak sabar nak balik kampung untuk berbuka bersama.

Keistimewaan HVKB
Apa yang istimewanya dekat HVKB ini adalah ia mempunyai 98 jenis hidangan tradisi nostalgia Negeri Kelantan termasuk pencuci mulut yang berbeza-beza setiap hari sepanjang bulan RamadhanBanyak tu 98 jenis hidangan ! Mau rambang mata. Antara 98 jenis hidangan itu termasuklah Gulai kawah, Ayam Percik, Ayam Goreng Ranggup, Siput Lemak Daun Kadok, Singgang Ikan Tradisi dan banyak lagi.


Ciktie
Ayam Percik

Ayam percik ! Ini antara juadah paling famous dekat Kelantan ni. Rasanya yang lemak manis. Isinya yang lembut, cukup rasa semuanya tu dengan rasa masin, manis semua tu. Memang sedap !! Korang rasalah sendiri nak tau camne rasanya tu. Ciktie pun tak tau nak gambarkan camne rasanya ni. Memang minggu pertama tu menjadi kewajipan ciktie untuk mendapatkannya. Tapi biasanya kalau tak dapat, Ayam Kepala Santanlah yang akan menjadi galang gantinya hehe

Ciktie

Buah tamar ! Yang ini memang wajib la ada kan?? Dah namanya puasa 

Ciktie
Air buah

Terdapat beberapa jenis pilihan minuman yang disediakan dekat sini antaranya adalah jus mangga. Memang nice. sedap sangat ! Ianya dihasilkan daripada buah-buahan segar. Memang kena sangat dengan anak tekak ciktie ni.

Ciktie

Ciktie

Ciktie

Makanan popular di Kelantan

Ciktie

Ciktie
Cekmek dan jala emas

Selain kuih keria, kuih lapis, agar-agar kat sini kitorang panggil beledo je, tapai, jala emas, cekmek molek, puteri ayu dan buah tanjung merupakan diantara kuih-muih tradisi warga Kelantan yang disediakan di HVKB. Kalau nak tahu semua tu fav ciktie tau nak-nak lagi buah tanjung tu. Kuih wajib ada bila menjelang bulan puasa selain roti jala, lompat tikam, onde-onde, netbak, akok, putih telur. Comel-comel je rupanya

Selain aneka kuih-muih tradisi warga Kelantan, pencuci mulut seperti ais cendol, cincau keramel dan aiskrim kelapa turut disediakan. Cendol tu selain buat air ciktie sekeluarga gemar ambil ia bersama air gula takpun dengan 'nise' / gula Melaka. Sedap tauu

Pembangkit selera

Popular di Kelantan
Tempoyak, budu, sambal

Ini pula antara pembuka selera ! Ada tempoyak, budu dan sambal belacan. Pilih je mana-mana yang nak. Kalau dapat nasi putih panas-panas dengan sambal belacan ataupun budu tu mau bertambah-tambah nasinya hehe tapi kalau nak lagi sedap ada ulam-ulaman dengan singgang ikan sekali. Lagi menyakut korang

Kelantan
Singgang ikan

Yang ini Singgang ikan !! Singgang ikan ke ikan singgang ye 🤔 hahaha kadang-kadang terbalik juga menyebuknya. Sedap ni tau. Cukup dengan rasa masin, masam ia tu. Mobeles sangat !! Kena pula isi ikan tu fresh pula. 

Ciktie

Aneka kerabu dan ulam-ulaman ! Aishhh macam banyak pula kerabu kat sini. Rambang mata juga nak pilih yang mana. Semuanya sedap-sedap belaka nak-nak kerabu perut tu. 

Ulam-ulaman
Kerabu jantung pisang


Kerabu bulan puasa
Kerabu perut

Kerabu di Kelantan
Kerabu pucuk paku

Acar mentah
Acar mentah

Goreng-goreng
Paru goreng

Bulan puasa kalau tiada menu berasaskan kambing memang tak sah. Jadi sebagai pelengkap menu, HVKL memperkenalkan 2 menu utama diorang dan salah satunya berasaskan rusuk kambing iaitu Kuzi Rusuk Kambing bersama Roti Pita dan juga Sup Gearbox !!

Popular di Holiday villa


Menu Holiday villa

Seperti tahun sebelum ini, pihak HVKB  masih lagi membuat jualan "Food Pax" secara Drive Thru dan juga penghantaran terus ke pintu (COD) minimum 10 bungkus nasi berlauk dengan harga rm10 sebungkus. Bagi pembelian 100 bungkus keatas, caj penghantaran adalah percuma. Menunya pula adalah mengikut hidangan buffet harian yang telah ditetapkan oleh pihak hotel. Jadi kalau nak kenalah order awal-awal ye..

Ciktie

Uniknya lagi tahun ini, pihak HVKB akan menyediakan makanan secara Live dihadapan pengunjung. Jadi kat situ kita boleh tengok macamana hidangan itu disediakan. Dan semestinya ciktie sendiri tak sabar nak menghitung detik kala itu. Hidangan ayam bakar yang diperap secara tradisi semestinya menjadi pilihan. Dengan  bau aromanya itu. Woww memang sedap sangat 😍😍 isinya pun lembut

Juadah Percuma Pertama Ramadhan
Ok, yang ini sebelum terlupa ciktie nk bagitau korang awal-awal pasal yang ini dan nanti korang uwar-uwarkan kepada mereka-mereka yang kat luar sana tu pula. Jangan kata ciktie tak payung ye.. 😀 Untuk hari pertama puasa tu, pihak HVKB akan bagi 500 bungkus juadah secara percuma bermula pukul 3 petang kepada korang yang terawal dihadapan hotel. Save your date okay !

Bukan itu je penganjuran "Singgah Colek Bazar" yang bemula dari pukul 9 hingga 11 malam juga masih lagi diteruskan. Seperti biasa masyarakat Kelantan dengan colek memang dah cukup senonim, pendek kata memang tidak boleh dipisahkan lagi. Nak-nak di bulan puasa ni lagilah ianya menjadi tumpuan ramai dan pelbagai jenis colek tradisi orang Kelantan yang boleh dinikmati oleh pengunjung kat situ sambil-sambil bersantai menikmati kerancakan malam di Wakaf Che Yeh. Antara colek yang sentiasa menjadi pilihan ciktie selain colek buah semestinyalah colek kerang,  colek ayam, colek keropok, colek perut dan banyak lagi la.

Ciktie

Selain colek, pan-fried seperti amlek sekaya, amlek savory, amlek sardin, amlek cristo, kebab grill dan deep-fried, goreng-goreng seperti bebola celup goreng, rojak celup tepung, keropok, ikan dan cucur celup tepung juga boleh dinikmati oleh pengunjung di bazar ini.


Dengan harga hanya rm18 seorang,  korang bebas menikmati jenis colek, pan-fried ataupun deep-fried yang diingini itu.

Promosi 9 + 1 ! 
Ini satu lagi tarikan yang  diperkenalkan oleh pihak HVKB. Korang datang 10 orang tapi 9 orang je yang bayar. Sorang lagi tu free. Ciktie ulang sekali lagi ye hehe 9 orang je yang perlu bayar dan sorang lagi tak perlu bayar - percuma !! promosi ini hanya dibuat sepanjang bulan puasa je. Keutamaan diberikan kepada korang yang datang berbuka secara berkumpulan. Minimum 10 orang ataupun lebih. Tapi kalau kurang tu tak merasalah korang promosi yang ini ye. Dan korang boleh membuat tempahan  terus di restoran sebelum pukul 3 petang setiap hari.

Kemudahan yang disediakan
Tandas dan surau khas yang disediakan itupun amatlah memuaskan. Tapi maaflah ciktie tak sempat nak snap gambar 😞😞 apapun ruang solat itu memang bersih dan selesa membuatkan pengunjung mudah menunaikan kewajipan setelah berbuka puasa. Jadi korang janganlah risau bab-bab nak solat kalau mahu berbuka dekat hotel ini ye.. semuanya dah cukup lengkap disediakan oleh pihak HVKB.

Harga Buffet Ramadhan 2018 di Holiday Villa Hotel & Suites Kota Bharu ini untuk dewasa RM59 dan RM28 bagi kanak-kanak bagi hari biasa. Untuk weekends dewasa RM64 dan kanak-kanak pula RM32.

Holiday villa hotel & Suites kota Bharu Kelantan

Jadi tunggu apa lagi?? Jom la rasai sendiri kenikmatan juadah berbuka dan suasana tradisi keunikan Negeri Cik Siti Wan Kembang ini bersama Holiday Villa Hotel & Suites Kota Bharu, Kelantan. Untuk tempahan atau maklumat lanjut korang boleh hubungi

Holiday Villa Hotel & Suites Kota Bharu Kelantan
Pt 968 Jalan Kuala Krai
Wakaf Che Yeh
15150 Kota Bharu,
Kelantan

Telefon : 09-747 4004

website : www.holidayvillahotels.com




LHDNM Terus Laksana Tanggungjawab Sosial

April 26, 2018 1 Comment
LHDNM Terus Laksana Tanggungjawab Sosial
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) harus diberi pujian kerana sekali lagi pihak LHDNM ini telah berjaya meneruskan misi mereka untuk lebih mendekati masyarakat dalam membantu negara untuk membina satu masyarakat yang penyayang. Pendekatan yang dilakukan merangkumi pelbagai aktiviti di mana pihak LHDNM sendiri turun padang mengadakan aktviti kesedaran tentang maklumat percukaian, khidmat kemasyarakatan serta melaksanakan program tanggungjawab sosial.

Menerusi misi ini pihak LHDNM telah berusaha untuk mendekatkan diri mereka dengan masyarakat di seluruh pelosok negara dan kali ini mereka tiba di Terengganu pula. Kami, selaku warga pantaitimur sangat berbesar hati dan berterimakasih di atas keprihatinan pihak LDHNM yang sudi untuk mengadakan acara sebegini demi untuk mengeratkan ukhwah di antara pihak LDHNM dan masyarakat.


Kesinambungan usaha Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dalam memperkasa aktiviti kemasyarakatan menerusi aktiviti tanggungjawab sosial (Social Responsibility) kali ini diteruskan dengan acara penyerahan sumbangan alat bantuan mengajar kepada lima buah sekolah terpilih di daerah Setiu, Terengganu.

Nama 5 (lima) buah sekolah yang terbabit adalah :
  1. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Penarik
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Langkap
  3. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Tong
  4. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putera Jaya
  5. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guntong

Di bawah ini adalah sebahagian gambar semasa penyampaian sumbangan terbabit di lakukan.






Majlis ini telah diadakan bertempat di Laman Seri Rhu 10, Setiu, Terengganu dan program Tanggungjawab Sosial (SR) LHDNM tersebut telah disempurnakan oleh Encik Muhammad Hanafi Iberahim, Penghulu Kanan Daerah Setiu.

Turut hadir sama dalam majlis tersebut adalah Datuk Noor Azian Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar) LHDNM, Tuan Hj. Ngah Bidin, Ketua Sektor Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Tuan Hj. Badrulhisham Hj. Shafie, Penolong Pegawai Tadbir Majlis Daerah Setiu, Puan Rozina Shaik Osman Merican, Pengarah Jabatan Khidmat Korporat LHDNM, Puan, Zalina Chik, Pengarah LHDNM Cawangan Kuala Terengganu, Pegawai-pegawai Kanan LHDNM dan para guru serta pelajar dari sekolah yang terlibat. 


 Datuk Noor Azian Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar) LHDNM

Datuk Noor Azian dalam ucapan beliau berkata “Program SR LHDNM pada hari ini merupakan bukti bahawa LHDNM komited dan tidak pernah jemu untuk berkongsi manfaat cukai kepada masyarakat serta berusaha meningkatkan kesedaran cukai dalam kalangan rakyat menerusi pengedaran risalah percukaian dan pembukaan kaunter perkhidmatan”. 

Beliau juga mengharapkan agar sumbangan yang disampaikan kepada sekolah-sekolah terpilih di Daerah Setiu ini sedikit sebanyak akan membantu pihak sekolah dalam menyediakan fasiliti yang lebih selesa kepada para pelajar sekaligus dapat membantu sekolah untuk mencapai tahap akademik yang lebih cemerlang pada masa hadapan.

Pengetua / wakil sekolah bergambar bersama-sama tetamu kehormat


Sebagai rekod, pada tahun ini saja sebanyak lima program tanggungjawab sosial telah berjaya dilaksanakan oleh LHDNM setakat ini bermula dengan Program Pembersihan Pantai Tanjung Lipat, Kota Kinabalu. Di ikuti pula dengan Penyerahan Sumbangan Cermin Mata kepada 150 orang pelajar kurang berkemampuan di kawasan Bachok dan Tumpat, Kelantan. 

Seterusnya penyerahan sumbangan Alat Bantuan Mengajar kepada 32 buah sekolah dalam Parlimen Jerlun, Kedah. Penyerahan sumbangan Alat Bantuan Mengajar kepada 5 buah sekolah terpilih di Bukit Mertajam dan penyerahan sumbangan dua unit Alat Bantuan Mengajar kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Cochrane Perkasa Kuala Lumpur baru – baru ini. Dimaklumkan juga bahawa masih ada destinasi lain untuk program sebegini yang akan LDHNM lakukan dan ternyata program sebegini benar-benar telah membuka minda masyarakat tentang tujuan utama pihak #hasil4u ini di tubuhkan.

Wakil team
Gambar kenangan wakil kami ke program tersebut.


Menerusi program tanggungjawab sosial ini juga, pihak LDHNM turut sama memberikan pelbagai maklumat supaya masyarakat lebih faham apa itu Lembaga Hasil Dalam Negeri, apakah tugas utama mereka dan lain-lain lagi. 

Pengunjung juga boleh bertanya pelbagai soalan kepada wakil pihak LDHNM yang bertugas demi untuk membantu menjelaskan segala kemusykilan mereka. Pembahagian risalah - risalah kepada penduduk setempat juga merupakan satu inisiatif yang bagus untuk memberi maklumat percukaian dengan lebih tepat.


Secara kesimpulannya, pihak LDHNM ini ternyata amat komited dengan negara  untuk memanfaatkan percukaian kepada masyarakat. Yang pasti, apa yang dilakukan oleh pihak LDHNM ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memberi kebajikan untuk semua dari masa ke semasa.

Untuk lebih maklumat lanjut berkaitan pihak LDHNM, anda boleh berkunjung ke website utama #hasil di www.hasil.gov.my


Bersama Membangun Negara  #HASIL
Manfaat Cukai Untuk Semua #HASIL
Cukai Memakmurkan Malaysia #HASIL

Perancang Parti Hari Jadi

April 25, 2018 3 Comments
Perancang Parti Hari Jadi
Seronok juga sesekali menjadi perancang majlis ni. Tak kisah lah majlis apa-apa pun yang pasti bagi ciktie kalau nak jadi perancang majlis tu kita kenalah kreatif sikit. Lagi kena berani untuk gabungkan sesuatu tu untuk dapatkan hasil yang lebih baik. Tak boleh guna satu dua jenis je lagipun kena tengok juga majlis tu untuk apa kan? Kalau majlis kahwin camni-camni ianya kalau majlis ulang tahun camni pula ianya !

Tapi kalau ciktie diberi peluang untuk menjadi perancang parti hari lahir Lazada ! Woww memang best la. Memandangkan dah ramai yang kenal Lazada. Dah tau apa itu lazada. Services yang ditawarkan. Jadi tak perlulah diperkenalkan lagi. Jadi ciktie plan parti ia tu nanti kenalah buat bertemakan have fun ! Mula-mula tu plan nak buat tema glamour. Ada bling-bling buat dekat hotel 5 star sebelah malam. Tapi nanti majlis tu cam formal la pula kan. Terikat dengan protokol semua tu. Jadi ciktie tak nak

Ciktie sukakan sesuatu yang santai, rilex tapi enjoy ! Lagipun dah masuk ulang tahun ke-6 kan?? Kenalah buat kelainan sikit dari sebelum-sebelum ini betul tak ??😉😄 Macam ye-ye je kan ciktie ni hikhik

Bertemakan have fun ! Parti itu pula buat dekat tempat beriadah seperti Taman Lembah Kiara ke Taman Tengku Anis ke. Yang ada taman permainan kanak-kanak, yang dipenuhi kehijauan yang menyenangkan. Kita pun boleh bersantai sikit kan. Bukan apa senang nak buat games untuk semua orang kat situ kan 😄😄. Parti ulang tahun tidak akan meriah tanpa belon, toys untuk budak-budak, hiasan meja, backdrop,  gift untuk tetamu lagi apa ye hehe blur la pula time-time camni hikhik. Berikut ini adalah antara keperluan yang ciktie perlukan untuk hiaskan hiasan tempat tu..

Lazada

Ciktie

Ciktie

Lazada

Ciktie

Ciktie

Haa untuk kek tu pula, ciktie plan kita boleh buat 2 jenis kek. Satu stail cupcake dan satu lagi kek yang bertingkat tu. Kat atas tu kita boleh letak hiasan yang ada no.6 ! Takpun kita boleh buat kek yang viral awal tahun ni kek monogram ke apa namanyaa.. cantik juga 😆😆 Untuk pakaian tu mestilah pakaian kasual beb. Barulah kena dengan temanya. Nampak santai dan sempoi gitu

Ciktie

Ciktie

Ciktie

Jadi untuk merealisasikan majlis ulang tahun ini, semua kelengkapan ini kita boleh perolehi ianya dari Lazada sendiri. Kebetulan pula sekarang ini ada Birthday Festival Sale yang berlangsung mulai hari ini, 25 hingga 27 April 2018. Diskaun sehingga 90% ditawarkan dari pelbagai jenama dan produk.

Amacam 😚😚 ok tak plan ciktie korang hehe. Oklah sekarang ini masih  lagi berlangsung contest lazada. Sempat lagi  kalau korang nak join ni. Kalau nak join klik je sini ye. Anntara peralatan untuk membuat cupcake dan kek tu adalah :

Ciktie
Piping

Perancang majlis hari jadi
Paper cases

Lazada
Spring form




Semakan Tempat Mengundi

April 16, 2018 12 Comments
Semakan Tempat Mengundi
Semakan Tempat Mengundi | Alhamdulillah, dah tahu dah tempat memgundi kat mana nanti! Riuh sekejap bila masing-masing tak sabar nak tahu tempat membuang undi 😄😄 

Ehhh korang dah semak ke mengundi kena dekat mana nanti?? Baik check awal-awal ni tiadalah resah sangat nanti. Nak check klik pautan https://pengundi.spr.gov.my



Ataupun kat sini

http://www.ciktie.com/2018/04/9-mei-cuti-pelepasan-am.html?m=1

Ada yang berubah tempat mengundi tak?? Kalau ada kita geng la 😆😆

Sinopsis Drama 1001 Night

April 15, 2018 4 Comments
Sinopsis Drama 1001 Night
Sinopsis drama 1001 malam | Seronok juga layan kisah cinta Turki 1001 malam tu. Mula-mula tengok hari tu rasa macam tah apa-apa je sebab tak pernah tengok kan. Tapi bila dah 2 kali tengok macam menarik pula.


Tak sabar nak tahu kesudahan perhubungan Onur dan Shehrazat tu. Dan macamana pula dengan Kareem. Kalau korang nak tahu cerita ini pernah memenangi anugerah dalam acara filem tertinggi Turki, Anugerah Golden Butterfly. Pelakon-pelakonnya juga turut memenangi dalam kategori pelakon terbaik juga tau !! So, bukan calang-calang drama certa ni 😄

Sinopsis Drama 1001 malam
Mengisahkan Shehrazat, seorang wanita berkerjaya yang terpaksa menjalani hidupnya sebagai seorang ibu tunggal setelah kehilangan suaminya, Ahmed. Sebelum itu dia sebenarnya bukanlah menantu pilihan ibu dan ayah Ahmed kerana dia berasal dari orang kebanyakan berbeza status dan darjat dengan Ahmed, anak orang berada (kaya). Dan perkahwinan mereka tidak pernah mendapat restu dari mertuanya.

Selepas kematian Ahmed, dia tinggal bersama anak lelakinya, Kaan (Efe Çinar). Kaan menghidap penyakit leukemia dan memerlukan kos perbelanjaan yang besar bagi menjalani pembedahan pemindahan tulang belakang. Gajinya sebagai arkitek tidak mencukupi untuk menampung kos perubatan yang diperlukan. Kerana terlalu terdesak, dia telah meminjam wang dari bosnya, Onur yang telah lama menyukainya setelah bekas mentuanya tidak mahu membantunya.

Onur sanggup meminjamkan wangnya dengan syarat Shehrazat perlu tidur semalaman dengannya. Dan permintaan ini tidak mampu ditolak berikutan terlalu terdesak dan Onur tidak mengetahui wang yang diperlukan oleh Shehrazat itu adalah untuk kos pembedahan anaknya kerana sewaktu mula-mula Shehrazat memohon pekerjaan di syarikatnya dia tidak memaklumkannya.

Kerjaya Shehrazat sebagai seorang arkitek semakin menyerlah selepas itu. Selain itu, dia merupakan pengumpul dana terbesar bagi penyakit kanser di syarikat itu. Antara mereka yang menjadi penyumbang kepada dana yang diuruskannya termasuklah ibu Onur dan Kareem. Kareem merupakan kawan Onur dan juga pemilik syarikat bersama Onur. Dia juga mempunyai perasaan terhadap Shehrazat dalam diam walaupun dia sudah mempunyai hubungan dengan Bennu (sahabat Shehrazat), perasaannya terhadap Shehrazat tidak pernah padam.

Pertemuan Shehrazat dengan ibu Kareem dan Onur pada suatu hari betul-betul mengejutkan Onur dan Kareem kerana mereka tidak pernah mengetahui Shehrazat memiliki anak lelaki. Sementara itu, hubungan Onur dan Shehrazat semakin hari semakin rapat dan akhirnya mereka mengambil keputusan untuk berkahwin. Tetapi itu tidak mudah apabila Onur difitnah meniduri ramai gadis termasuk bekas pekerja syarikatnya sendiri. Alahaii kesian dia dah nak kahwin dah tapi tak jadi..Shehrazat yang kecewa dengan berita itu bertindak melarikan diri.

Ok, nak tahu kesudahan cerita ini kenalah sama-sama tengok ye 😆 ciktie sendiri pun tak sabar nak tahu apakah kesudahan kisah cinta mereka ini.


Offday tak sihat

April 12, 2018 11 Comments
Offday tak sihat
Gejala badan tak sihat nampaknya dah mula menghampiri dah !! Kononnya offday hari ini nak jejalan dan kemas apa yang patut tapiii turn jejalan tu lepas la juga tengahari tadi sekejap. Berjaya jugak menyinggah pasar tani setelah sekian lama tak menyinggah hehe tapi turn kemas mengemas hehe banyak habuk la. Tak tahan rasanya 


Gara-gara baru-baru ni hujan lebat nampaknya hari ni betul-betul dia nak ciktie rest. Selsema dah melanda! Sesekali bersin dan batuk pulok alahaiii nampak gaya kena cepat-cepat cari ubat ni sebelum melarat. In shaa Allah, minggu depan terlibat dengan kursus pula. Tapi kalau badan tak sihat camni camne nak join tu 😪😪

Dua tiga menjak ni juga terasa macam teringin nak makan kek la. Ada ke sesiapa yang baik hati nak sponsor kek ke kan. Bestnya kalau dapat cheese cake ke red velvet ke hmmm sedapnya tetiba rindu dekat ex-officemate dekat KL tu. Lamanya tak makan kek resepi velvet ! nyum.nyum.. nyummm haha

Dua tiga menjak ni juga ciktie perasan ramai blogger duk post pasal sponsor baju raya. Bestnya korang siapa yang dapat tu. Bukan mudah nak dapat tapi kalau dapat memng bertuah sangat badan tu. Cemburunya ciktie rasa tau! Nanti korang share-share la camne boleh dapat tu. Ciktie pun nak juga 😍  Tak dapat untuk diri sendiri dapat untuk anak-anak buah pun cukup. Anak buah ciktie ada 5 orang semuanya! 2 perempuan 3 lelaki. 

Yang perempuan tu dalam lingkungan 2  atau 3 tahun ke atas. Dan yang lelaki pula dalam setahun ke atas. Hahaha macam yaeee je ada orang nak sponsor kan. Tapi kalau betul best juga. Tak salah kan nak berangan. Sebab dengan angan-angan kita boleh bina masa depan 😘

#taksalahpunnakberangankan
#plissponserme



9 Mei Cuti Pelepasan Am

April 11, 2018 6 Comments
9 Mei Cuti Pelepasan Am

Alhamdulillah !! Akhirnya kerajaan umumkan juga cuti perlepasan tambahan sempena mengundi tu. Kalau semalam SPR dengan rasminya dah umumkan tarikh-tarikh penting termasuk tarikh Pilihanraya yang ke-14 dan juga cuti peristiwa khas untuk sesi persekolahan pada hari berkenaan.

Tarikh undi awal

Tapi macam tak seronok pun ada juga hari mengundi ni jatuh tengah-tengah diantara hari bekerja tu.  Isnin, Selasa kerja ! Rabu off .. Khamis, Jumaat masuk kerja balik. Kan best kalau dapat penambahan cuti sehari dua lagi tu. Mesti lagi meriah ramai yang dapat balik kampung. Dapat berkumpul ramai-ramai keluar mengundi sama-sama seperti sebelum ni. Tiadalah terasa tergesa-gesa diorang nak kena balik KL, Johor semua tu. Tapi bila dah camni rasanya mesti ramai juga yang tak dapat balik tu. Sekolah pun cuti sehari je.


Semakan tempat mengundi boleh dibuat mulai 14 hingga 16 April 2018 melalui pautan https://pengundi.spr.gov.my

Sana-sini orang masih lagi persoalankan pasal hari penetapan pilihanraya tu. Kenapa Rabu?? Kenapa tidak Sabtu?  Kenapa 9 Mei .. Kenapa camtu, kenapa camni dan kenapa tidak camni hahaha. Walaupun pihak SPR dah menyatakan alasan pemilihan tarikh dan hari itu dibuat masih ramai yang masih persoalkannya kan.


Video Khairy Jamaluddin

April 10, 2018 3 Comments
Video Khairy Jamaluddin
Korang dah tengok dah video ni?? Kalau nak tahu ini kali ke-2 ciktie tengok video ni. Mula-mula tengok semalam masa layan cerita dekat Tv9. Dan kali ni ciktie tengok dekat youtube je. Ciktie bukan nak kupas isu kandungan video ni ke apa cuma ciktie nak bagitau yang ciktie suka gaya selamba Menteri Belia & Sukan ni. Nampak cool je 😄 suka tengok tau. Memang dia ni punya aura tersendiri betul la.




Kalau video tak boleh buka. Klik pautan https://youtu.be/1A6tBDiGjyg untuk melihatnya ye. 

Apapun ciktie cuma nak ingatkan satu je! Apapun fahaman politik kita ciktie harap kita semua boleh menjaga batas-batas kita sebaiknya demi menjaga keamanan dan keharmonian yang kita kecapi ini. Sama-samalah kita menghormati perbezaan fahaman masing-masing tanpa menguriskan hati mana-mana pihak ye. Tak moh gaduh-gaduh ye. Penat la nengok pun 



Blog Popular Dan Terbaik Malaysia MAC 2018

April 10, 2018 8 Comments
Blog Popular Dan Terbaik Malaysia MAC 2018
Blog Popular Dan Terbaik Malaysia MAC 2018 | Hai, assalamualaikum korang. Sibuk ke? Hari ni ciktie nak kongsikan Blog Popular Dan Terbaik Malaysia MAC 2018 untuk team blogger pantai timur. Sebenarnya semua blog dalam team ni semuanya popular dan terbaik. Tiada yang tak popular ke apa cuma ciktie diberi pilihan untuk memasukkan 10 blog je dulu. Inipun ciktie guna khidmat random ! Kalau ikutkan nak je masukkan kesemua senarai blog dalam team tu #macamtamaklapula tapi tak apa mungkin lepas ni ye. Jadi blog sape yang tak terpilih ni jangan sedih-sedih ye.

Setiap blog dalam #teambot ini mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri. Sama juga macam pemiliknya yang terdiri dari pelbagai latar belakang dan kerjaya tersendiri. Ada yang cikgu, bakal cikgu, pembantu perpustakaan dan tak kurang juga surirumah sepenuh masa. Dan kebanyakannya ciktie kenal bila dah join #teambpt ni 😄😆 Oklah tak moh taip intro panjang-panjang kita tuju kepada 10 blog popular dan terbaik #teambpt Mac 2018


https://masturanasarudin.blogspot.com/

Ni blog Mas ! Ciktie kenal Mas pun dalam #teambpt. Tak pernah jumpa lagi orangnya. Kalau tengok dekat blog tu, dia mula berblog pada tahun 2013 dan apa yang ciktie suka dengan blognya ini dia banyak kongsikan entri bersifat kerohanian. Memang berjaya jugalah memberi sedikit kesedaran kepada ciktie yang seringkali leka ni 😥

Dan kalau korang nak tahu lagi Mas sekarang ini tengah sambung belajar ambil master ! Tahun akhir dah. So, all the best Mas! Gud gud untuk final projek. Teringat pula zaman kita buat final projek dulu. Memang penat tapi berbaloi !!


http://www.airanasrin.com/

Ni blog Aira ! Masa ciktie join #teambpt dia dah ada dah dalam team ni dan ciktie pernah jumpa dia sekali masa sama-sama join event Domino's hari tu. Orangnya nampak macam pemalu hehe Kalau korang nak tahu Aira ni student lagi. Kalau tak silap dia student UKM rasanya untuk jurusan apa ciktie tak tahu. Nak tahu kenalah terjah blog dia ye.


http://www.cikash.com

Ini pula blog cikash ! Ciktie kenal cikash pun sebelum join #teambpt lagi! Tapi bila dah join #teambpt baru ciktie tahu yang rupanya cikash ni antara sorang kawan adik ciktie masa kat sekolah. Kecilnya dunia ni, seluas-luas alam dalam team ni juga kita jumpa ye hehe. 

Oklah, ciktie suka baca blog cikash ni terutamanya bab-bab review tu. Bersahaja je rasa 😆😄  lagi satu dekat blog cikash ni suka kongsikan resepi yang dia masak. Macam-macam jenis resipi dia share. Kalau korang tak tahu nak masak apa boleh singgah tengok resepi dekat blog dia ye


https://dilparoza.blogspot.my/

Yang ini pula blog Dilparoza! Dilparoza Kayum Khan unik kan nama tu. Dan ini juga adalah nama sebenar pemilik blog Dilparoza ! Lawa orangnya pemilik blog ni. Asal Selangor masih lagi baru dalam bidang berblog. Kalau dilihat dari nama tu ciktie rasa dia mesti berdarah kacukan hindustan. Sebabnya belakang tu ada khan..Khan kan?? Tapi kalau tak betul ciktie minta maaf ye Dee.


http://huseinrider.blogspot.my/

Ini pula blog Husein Rider ! Mula-mula ciktie ingatkan blog dia berkaitan motor ke apa hehe tapi rupanya bukan. Travelog rupanya ni. Ciktie pernah jumpa sekali dengan dia masa event Domino's Kubang Kerian hari tu tapi masa tu dia belum join #teambpt lagi.

Ciktie pernah juga sesekali singgah blogwalking dekat blog dia. Best baca entri dekat blog dia ni sebab kebanyakannya berkaitan pengalaman pengembaraannya kat tempat orang. Jadi kalau korang nak dapatkan tips berkaitan travel atau apa-apa info berkaitan travel tu boleh singgah blog Husein ye.

Lagi kalau korang nak tahu Husein ni sebenarnya berasal dari Terengganu. Mula berblog pada Mac 2011 ! Graduan lepasan Universiti Al-Azhar sebelum melanjutkan pelajaran dekat Kias dan pernah dianugerahkan Winners Of Most Entertaining blog in MSMW 2014.


http://www.husnieyhusain.com/

Ini pula blog Husniey Husain! Ciktie tak pernah lagi jumpa dia tapi kalau ada event dekat terengganu, dia dengan Sis Gee la  yang selalu attend mewakiki team kat sana 😘

Ciktie mula follow blog dia selepas join satu GA yang dia buat. Ciktie suka sangat warna header blog dia tu. Bukan header je tapi warna latar ia tu sekali. Lembut je.. terasa tenang setenang air di lautan. Dan kalau korang nak tahu Husniey dan suaminya suka travel tau. 

Dah banyak tempat dah diorang pergi antaranya macam Krabi, Osaka, Batam, Medan, Pulau Perhentian dan banyak lagi la. Kalau korang terasa nak travel area pulau-pulau atau nak dapatkan info lanjut berkaitan Pulau Perhentian ke boleh terus ke blog Husniey ye


http://www.leaazleeya.com/

Yang ini pula blog Lea Aleeya ! Merupakan seorang isteri dan juga seorang ibu. Berasal dari Pahang, mula berblog pada Jun 2013. Ciktie suka tengok gayanya tu, lembut je orangnya pun lawa. Entri pertama dia ' Sweety Cupcake Cherry Pie' cuma ada gambar je tapii lawa juga la. Clear betul ! Ratu review ni tau sebabnya  dia antara blogger yang banyak share pasal review produk ! Tahniah Lea ! Moga terus sukses ye..

Korang jangan tak tahu Lea ni sebenarnya obses pada buku. Banyak koleksi buku-buku dia tau tapiii kalau korang nak hadiahkan dia buku lagi pun tiada hal rasanya 😄😅 


https://nicknashram.blogspot.my/

Ini pula blog Nick !  Ciktie tak tau sangat pasal pemilik blog ni. Yang ciktie tahu dia seorang Cikgu Bahasa Inggeris di sekolah menengah.  Sekolah mana itupun ciktie tak tau 😅😅 Apapun ciktie suka baca entri kat blog dia. Blog dia ni ada banyak info tau macam-macam ada. Dan yang paling ciktie suka blog dia ni banyak share pasal tutorial. Nak tau tutorial pasal apa kenalah singgah blog dia dulu ye 


http://www.sheilainspire.com/

Ini pula blog kak Sheila. Ciktie kenal kak Sheila dalam #teambpt tapi tak pernah jumpa pun lagi orangnya. Ciktie suka blog kak Sheila ni ! Gabungan kuning hitam menyerlah sangat. Gaya penyampaiannya pun ciktie suka. 

Kalau korang nak tahu kak sheila ini menetap di Kedah dan yang buat ciktie respect sangat-sangat walaupun dah kahwin dan dah ada anak tapi dia masih bersemangat untuk sambung belajar. Kalau ciktie mau tercicir salah satu tu hehe
  

http://www.vitaminwawa.com/

Ini pula blog kak Wawa ! Pemilik blog ini pun sama ciktie tak tau sangat tentangnya kecuali dia menetap kat Johor. Dekat blog dia banyak share pasal produk Shaklee.  Jadi kalau korang nak dapatkan produk Shaklee atau nak daftar sebagai ahli ataupun nak dapatkan apa-apa maklumat berkaitan produk ini korang boleh terus ke blog dia ye.


http://www.ciktie.com

Dan akhir sekali blog ciktie sendiri la pula. Nak  juga tersenarai kan 😄! Tiada apa yang istimewanya blog ciktie ni. Biasa-biasa je. sekadar blog picisan tapi sekarang ni ciktie  dalam proses belajar bagaimana cara nak update entri yang berkualiti. semoga ianya bermanfaat untuk kita semua. In Shaa Allah dan sekiranya kalau korang nak gunakan khidmat ciktie untuk review apa-apa produk ciktie amat mengalu-alukannya. Boleh hubungi ciktie terus melalui e-mail ye 😄😆

Ok, inilah antara 10 blog popular dan terbaik #teambpt Mac 2018. Kita tengok blog siapa pula yang terpilih bakal menghiasi ruangan entri ciktie pula lepas ini ye. Sementara itu jemput blogwalking ke blog-blog yang ciktie dah senaraikan ini ye.. 



My Ping in TotalPing.com