The Only Game Where Everybody Win!

Januari 17, 2018
Masuk kali ini dah 6 keping kad gores dah ciktie dapat bila isi minyak dekat Petronas ini. Ya beda bedu hahaha 6 keping untuk 3 hadiah misteri yang berlainan. Satu ciktie dapat diskaun Rm5 untuk minyak Syntium. Satu tu pula ciktie dapat untuk Starbucks dan yang terbaru ini dapat percuma Upsize TeaLive! Dan korang sendiri ada pernah dapat tak?


Kalau dah, alhamdulillah! Maknanya korang dah tahu la pasal The Only Game Where  Everybody Win! Ianya bermula Disember tahun lalu dan berakhir 28 Februari 2018 nanti. Ini kira kesenambungan daripada pemberian baucer Lazada 11% hari itu la kan??


Dan untuk kali ini, Petronas sedang mengagihkan hadiah misterinya kepada semua pelanggannya. Tapi dengan syarat la bukan free-free camtu je diorang nak bagi pun. Korang kenalah isi minyak dulu. Paling sikit rm20. Lepas itu cashier dekat sana akan bagi korang kad gores ni. Nanti korang gores la tengok apa korang dapat tu!

Mana tau rezeki korang nak dapatkan baucer Lazada lagi ke? Nak dapat baucer makan dekat Kenny Rogers ke siapa tahu kan? Yang penting jangan lupa minta kad gores korang tu di kaunter Petronas.  Karang ada yang menyesal pula kan hahaha jangan kata kita nak bagitau!

Ok berbalik semula kepada hadiah yang ciktie dapat ini. Hmm untuk minyak tu kira ok lah tapi kalau Starbucks tu kat mana nak tebus tu??  Area KB ini ada Starbucks ke? Rasanya macam takda! So, kira hangus la 😥😥


Share this :

Previous
Next Post »

2 ulasan

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com