Tersenarai dalam 100 Blog Pilihan 2018 HasrulHassan.com

Januari 26, 2018

Alhamdulillah, macam tak percaya tersenarai dalam 100 blog pilihan Hasrul Hassan 2018! 

Tersenarai dalam bloglist Hasrul Hassan 

Iyalah blog Ciktie Dot Com inikan tak sampai sebulan lagi menggunakan domain sendiri. Entri-entri yang diterbitkan pun baru berapa kerat. Banyak lagi perlu belajar bertatih ini. Lepas tu tersenarai pula dalam 100 blog pilihan pula. Siapa percaya kan?? Percubaan hari itupun sebenarnya sekadar mencuba nasib! Alhamdulillah, untung sabut nampaknya blog ciktie ini. Macam mimpi pun ada. Apapun semoga ciktie diberi kesihatan yang baik begitu juga blog ciktie ini supaya ianya dapat memaparkan perkongsian yang bermanfaat untuk kita semua. Insyaallah, aamiin.


Ikutkan senarai dekat blog HH, blog ciktie berada dekat no.60! Alhamdullillah, tersenarai jugakk.. kalau korang nak tengok senarai itu boleh tengok dekat sini ye! 

Sementara bagi korang yang bukan blogger tu, kalau nak tahu siapa sebenarnya HasrulHassan itu. Kat sini ciktie dah buat research dah sikit ye pasal HH tu. Kalau nak tahu lebih lagi korong kenalah singgah dekat blog beliau ye!

Siapakah Hasrul Hassan?

Merupakan blogger dan house husband sepenuh masa. Seorang ayah, mempunyai seorang isteri dan 3orang anak. Berasal dari Perak dan kini menetap di Pulau Pinang (Nibong Tebal). Merupakan graduan Sains Komputer, USM.

Sebelum HasrulHassan.com beliau sebenarnya sudah memiliki beberapa blog lain. Masa tu beliau dah banyak menulis mengenai soal dakwah dan teknik pemasaran online. 

Lepas tu, barulah beliau wujudkan blog HasruHassan.com ni. Tapi awal kemunculannya ia dikenali dengan nama Bangku Kosong. Ada sesiapa pernah singgah blog ni tak dulu-dulu?? Awal-awal dulu beliau banyak berkongsi tentang gambar yang beliau ambil masa tu.. 

Btw sekarang ni Bangku Kosong dah tiada dah! Yang ada HasrulHassan.com! Kat blog beliau banyak kongsikan tips dan panduan menulis blog, bagaimana nak  menarik orang untuk datang ke blog kita, bagaimana nak kekalkan kunjungan dan banyak lagi la. Kalau nak tahu lagi dekat blog tu juga beliau ada kongsikan pasal kekeluargaan, percutian, shopping, gaya hidup.

Lebih dikenali dengan HH! Pakar SEO, Sifu blogger, Sifu SEO Malaysia. Apa lagi ekk 😄. Apa yang pasti beliau memang seorang yang tak sombong! Tak kedekut ilmu, sudi jawab pertanyaan kita kalau ditanya. Tak tanya camne nak jawab kan??? Dan blog beliau memang menjadi rujukan terutamanya pada mereka yang baru nak berkecimpung dengan dunia blogger ataupun SEO.

Itu je kot!! Nak tahu lebih-lebih lagi singgah je www.hasrulhassan.com






Share this :

Previous
Next Post »

6 ulasan

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com