Breaking

Sunday, January 7, 2018

Tarikh Pembayaran Bonus Penjawat Awam

Alhamdulillah, insya-Allah merasa juga kita bonus rm1500! Biasanya dapat rm500. Bila sekali dapat lebih ni kira bertuah sangat-sangat la. Semasa pembentangan Bajet hari tu pun PM kita dah bagitau pembayaran bonus ini akan dibuat dua kali. Dan dalam Pekeliling Bilangan 6/2017 - Bayaran Khas Tahun 2017 dan Bilangan 7/2017 - Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2018 ni pun dah tertera siap-siap tarikh pembayaran bonus tu. Bayaran tu akan dibuat sekali bulan ni esok dah tu ya!! 8 Januari 2018 dan sekali lagi masa nak sambut raya bulan Jun nanti iaitu 7 Jun 2018. Itu kira duit untuk buat persiapan nak sambut raya la. Pekeliling Bilangan 6/2017 - Bayaran Khas Tahun 2017 tu boleh rujuk sini. Untuk Bilangan 7/2017 - Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2018 boleh scroll kat bawah.

Pembayaran Khas

Bonus ni bukan saje diterima oleh penjawat awam tapi turut dirasai oleh pesara kerajaan. Bezanya diorang akan terima Rm750. Rm500 akan dibayar bulan ini iaitu esok dan Rm250 lagi masa nak sambut raya. Sama je la tarikh pembayaran dengan penjawat awam.

Sementara bagi penjawat awam yang berkhidmat di Kedah, Penang dan Selangor rasanya diorang terima bonus lebih sikit kan. Alhamdulillah, ada rezeki lebih setiap orang menyambut tahun baru tahun ini. Dan semoga kita semua dapat memberikan perkhidmatan dan mutu kerja yang lebih baik lagi tahun ini. 





3 comments:

  1. Alhamdulillah rezeki, tak sabar tunggu esok :)

    ReplyDelete
  2. Tetiba Zumal rasa jeles lak. Rezeki masing2 ye dak. Hehe...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..rezeki esok hari...blh simpan dan settle hutang mana yg patut..ekeke

    ReplyDelete

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Adbox