Breaking

Thursday, January 18, 2018

Larangan bergambar di Masjidil Haram di Mekah dan di Masjid Nabawi di Madinah

Sebenarnya kalau diikutkan sebelum ini pun larangan ini telah ada! kalau tak silap tahun 90an telah ada larangan sebegini. Cuma mungkin disebabkan kebanjiran smartphone yang semakin banyak dan canggih menyebabkan larangan ini sukar diatasi. Jika diawal kemunculan telefon ianya boleh diatasi berikutan ketika itu hanya seorang dua sahaja yang memilikinya tapi sekarang boleh dikatakan setiap orang telah memilikinya. Ini menyukarkan lagi pihak Arab Saudi mengatasinya.

Sumber foto : Google

Jadi seandainya kita terpilih menjadi tetamu-Nya disana sama-samalah kita mematuhi peraturan yang ditetapkan ini. Ini semua pun untuk pastikan kita tenang beribadah kepadaNya juga. Selain itu, kita juga turut melindungi serta memelihara kesucian dua masjid ini. Penat-penat dah kita mengumpul duit dan sejauh itu kita sudah pergi. Jadi biarlah berbaloi orang kata kita dapat melakukan ibadah di sana dengan tenang tak kan ketika orang sibuk melakukan ibadah kita sibuk nak bergambar pula kan?? Memang suasana akan menjadi lebih parah la.

Pada November tahun lalu, Kerajaan Arab Saudi melalui Kementerian Luar Negerinya telah mengeluarkan surat rasmi mengenai larangan bergambar di dua masjid ini berkuatkuasa serta merta kepada semua jemaah. Hal ini juga telah disahkan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) mengenainya.



Sumber : Harian Metro 


3 comments:

  1. yeaa betul tu .. bila dtg sana kena fokus beribadah .. cuma yea lahr, bukan slalu kan dapat jejakkan kaki di sana, tu yg ada bergambar.. tp kalau bergambar sampai mengganggu ibadah org lain pun x bole juga..

    ReplyDelete
  2. baguslah kalau macamtu tapi baru2 ni ada jugak vvip yang bergambar dekat sana, maybe diorang mampu bayar denda kot

    ReplyDelete
  3. Betul sejak dulu dah ada larangan bergambar tu. Moga kita utamakan Ibadan daripada bergambar tu

    ReplyDelete

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Adbox