Breaking

Saturday, January 20, 2018

Cara membuat Pembelian dengan CJ Wow Shop

Akhirnya setelah 3 kali pihak GDex membuat penghantaran. Kotak ini bertukar tangan juga. Nasib baik diorang tak hantar  balik kepada pihak CJ Wow Shop sana tu lagi! Kalau tak memang sedih sangat la.

Nak buat macamana kita sibuk dengan tugasan harian dekat pejabat. Banyak sangat panggilan masuk hari itu sampaikan terlepas pandang panggilan dari GDex tu.  Maafkan akak ya dik. Apapun adik memang terbaik! Perkhidmatan tip-top sangat. Sanggup cari dan balas balik pesanan akak hari tu.


Patut la rasa cam pelik je. Pihak CJ Wow Shop bagitau penghantaran akan dibuat dalam masa 3 hingga 5 hari bekerja kalau tak silap hari tu. Tapi kita tak dapat apa-apa panggilan. Kawan kat pejabat yang membuat pesanan pada hari yang sama pun dah dapat barang. Rupanya kita terlepas pandang panggilan masuk. 


Sebenarnya barang ini bukan ciktie punya! Ciktie hanya tolong belikan je. Mudah sangat sebenarnya membuat pembelian barangan dengan CJ Wow Shop ini. Kita terima barang dulu baru pembayaran dibuat. Kira COD la. Tiada caj apa-apa dikenakan. Cuma bayaran tu kita kena bagi cukup-cukup. Contoh seperti jam ni harga ia rm188 semasa ia promosi hari itu. Jadi kena sediakan cukup-cukup duit rm188.  Sebab pihak GDex cuma bertindak sebagai penghantar barangan je. Diorang tidak sediakan baki ya!

Ciktie


CJ Wow Shop juga sediakan perkhidmatan pembayaran secara online! Yang ini lebih mudah sebenarnya sebab bayaran kita dah buat siap-siap dalam talian. Kita hanya tunggu terima barang  je tapi ciktie lebih suka cara yang satu lagi tu. Dapat barang baru bayar! Puas hati sangat dengan perkhidmatan yang diberikan. Kualiti barang ok dan harga pun berpatutan.

3 Cara pembelian dengan CJ Wow Shop
  1. Talian bebas tol 1800-18-0808 ! Call je no.talian ni kemudian diorang akan tolong kita daftar dan buat pembelian. Dekat sini juga diorang akan tanya macamana kita nak buat pembayaran tu. 
  2. Website CJ Wow Shop! Hanya perlu layari sesawang www.cjwowshop.com.my
  3. Muat turun aplikasi CJ Wow Shop di Google PlayStore

Senang je kan?? Semua dihujung jari! 

6 comments:

  1. sekarang ni, semuanya makin mudah. nak beli barang pun mudah. hehehe

    ReplyDelete
  2. Nak try jugakla lepasni. Macam best je klik klik ni. Hahaaa.

    ReplyDelete
  3. Wah mudah caranya boleh pilih yg mana sesuai

    ReplyDelete
  4. lawanya!gee pernah beli juga dengan cj wow shop tapi orang mintak tolong jugak..kiki..tapi memang mudah kan!

    ReplyDelete
  5. Wahh jam baru tu cantiknya. Mudah kan dah online je sekarang kalau nak shopping.

    ReplyDelete

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Adbox