LightBlog

Breaking

LightBlog

Sunday, December 24, 2017

Jom Cuba Roti Kacang Pool Pertama Di Kelantan


Sebekas rm5. Cod pun disediakan juga bagi area berdekatan ni sebenarnya tapi kenalah order minimum 3 barulah berbaloi diorang nak buat cod.


Ingatkan tengahari tu nak makan kat sana je tapi disebabkan masalah parking terpaksalah tapau.


Sedap juga rasa Roti Kacang Pool ni. Tak menyesal beli.  Dengan roti bakar bermentega ia tebal dan lembut serta kuah kacang Pool yang berempah dan beraroma .. Fuhhh memang terangkat. Nak-nak sekarang ni cuaca sejuk. Lagilah sedap !!

Kuah Kacang Pool dilengkapi dengan telur mata, hirisan bawang dan limau

Siapa yang teringin nak cuba bolehlah singgah gerai Umar Roti Kacang Pool. Lokasinya berdekatan dengan cafe umk. Tak sesusah mana la nak cari. 

Dibuka 9 pagi
Tutup : Jumaat dan Sabtu 

Maklumat lanjut http://www.wasap.my/+60133719639


Sambil-sambil menunggu tu boleh tengok ada abang tu bagi ikan makan dekat kolam sebelah tu. Besar-besar ikannya tau. 









4 comments:

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Light Red Pointer
Adbox