Breaking

Friday, December 1, 2017

First time shopping online

Siapa masih ingat barang apa pertama kali dia beli dalam talian dan dekat mana tu?? Hehe sebenarnya kita nak bagitau inilah barangan pertama kita beli dalam talian.

First time shopping online

Stand mixer without stainless steel bowl !! That is correct ! Kalau nak tahu masa tu saje-saje je online mengisi masa terluang kononnya. Sekali terpikat dengan harga yang ditawarkan. Diskaun berapa peratus dah lupa dah. Tapi yang lawaknya terpaksa minta bantuan my brother yang dekat Terengganu tu untuk buat transaksi memandangkan masa tu kita belum ada akaun Maybank online lagi. Member office pun sama..kalau ada pun duit dalam tu tidak mencukupi untuk melakukan transaksi. Nak tak nak terpaksa juga minta bantuan dari sana. Nasib baik juga dia boleh tolong kalau tak terpaksa minta bantuan dari orang Kuala Lumpur la jawabnya hikhik. Masa tu transaksi pembayaran melalui kedai serbaneka 7Eleven belum lagi diperkenalkan. Amacam kelakar kan? Camtu sekali tau kita semangat first time nak cuba shopping online kat sini. Lawak juga bila ingatkan balik kenangan ni. 

Apapun semua ok. Barang tu kita terima tip top. tak lama pun dapat dalam minggu tu juga. Keadaan barang yang diterima pun ok. Sampai sekarang ni pun masih elok lagi. Ohh ya lupa nak bagitau mixer tu sebenarnya kita beli khas untuk my sister ni. Memandangkan dia gemar memasak dan gemar mencuba resepi baru, itu yang kita beli benda tu 🤣🤣

First time shopping online

Banyak benda yang kita nak beli dalam talian ni sebenarnya. Tidaklah terikat dekat 1 atau 2 barangan je. Lagipun bila dah online ni bolehlah juga cuci-cuci mata 🤓 tengok barangan comel-comel, berjenama.

Perkara yang kita suka bila dah membeli dalam talian adalah apabila tiba giliran terima barang tu. Cepat je dia hantar. Keadaan barang yang diterima pun ok. selamat..tak pecah tak rosak..boleh guna. setakat ni memang cukup-cukup berpuas hati! Semoga Lazada terus sukses seterusnya dapat mengekalkan prestasinya yang cemerlang ini.

Lagipun membeli dalam talian ini mudah. Tak perlu nak beratur panjang masa nak buat pembayaran! Tak perlu nak mengadap jammed. kalau yang ada anak kecil tu tiadalah pening kepala sangat nak kena fikir macam-macam kan. Pendek kata semua di hujung jari! Oohh ya lagi satu yang kita suka membeli atas talian ni kita akan tahu banyak perkara pasal barang tu. Yalah sebelum beli tu kan kita boleh baca review orang lain dulu pasal satu-satu barang tu. Kira ok la dapat juga membantu kita membuat pilihan.

Powerbank

Ini adalah antara barangan yang kita dah rancang nak beli sempena jualan Revolusi Dalam Talian. Sebenarnya ada lagi beberapa barangan lain yang kita dah buat pembayaran. Hanya tunggu barangan tu sampai je. Lagipun Revolusi Dalam Talian ini telahpun berlangsung dari 11 November lalu dan akan berakhir 14 Disember 2017 ini. Banyak barang sales tau..kita kena bijak berbelanja je





4 comments:

  1. sy pun suka beli kat lazada. cuma dah lupa barang first sbb bnyk sgt beli.
    (wow, baru tahu yang boleh melakukan transaksi melalui7e, nmpk sangat sy x prasan kaedah pembayaran yg lain)

    ReplyDelete
  2. Bila order brg online teruja tgu barang sampai. hehe

    ReplyDelete
  3. wah nampak best ni..nak buat kek pun semangat

    ReplyDelete
  4. Tak boleh buka website Lazada ke shoppee ke 11 street ke..mesti ada yg sangkut...haih...berantu website2 tu..haha

    ReplyDelete

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Adbox