Dengan atau tanpamu - Ciktie Dot Com

Breaking

Saturday, December 30, 2017

Dengan atau tanpamu


Bila tiba waktunya aku harus memilih.. dengan atau tanpamu? Karya Cik D terbitan Penulisan2u. Best jalan ceritanya. Dah lama rasanya tak layan novel best camni.


Sinopsis

Dengan Atau Tanpamu mengisahkan seorang anak gadis iaitu Dian Fatihah yang menerima pinangan secara tidak rasmi daripada kenalan yang ditolongnya sewaktu mengerjakan umrah. Terima pinangan melalui telefon gara-gara ingin mengelak daripada asakan demi asakan abang angkatnya (Jeffry Azman aka Abang Jep) yang juga merupakan cucu jiran rumahnya.

Pertemuan Dian dengan Ryan (Adryan Umar) secara tidak sengaja telah melahirkan satu rasa yang aneh dalam diri kedua-duanya. Kedua-duanya saling  menyenangi kehadiran diri masing-masing. Sebenarnya Ryan tidak mengetahui hasrat sebenar ibunya meminta dia menemani ke rumah Dian. Kebetulan pula masa tu dia ada menyimpan sesuatu yang berharga milik Dian. Apakah itu?? Nak tahu kenalah cari novel ni.

Disebabkan dah sepakat! Ibu Ryan juga memang sudah berkenan sangat dengan Si Dian sejak dari Tanah Suci lagi begitu juga Ryan. Dian sendiri pun ingin menyelamatkan diri dari desakan abang angkatnya yang terlalu ingin memilikinya. Perkahwinan mereka akhirnya berlangsung jua. Itupun selang beberapa hari Ryan dan ibunya mengunjungi keluarga Dian.

Selepas berkahwin Ryan membawa Dian ke kampungnya di Kedah. Untuk memastikan Dian mengikutinya dia telah berjanji untuk tinggal berasingan dengan ibunya. Sepanjang tinggal bersama mood Dian selalu aje spoil! Suatu hari mereka melawat ibu Ryan di kampung. Kehadiran Aishah sepupu Ryan telah menyebabkan Dian cemburu. Bertitik-tolak dari situ, dia mula berubah. Menerima suaminya seadanya.

Sebenarnya Aishah mempunyai perasaan dekat Ryan. Tanpa pengetahuan sesiapa, dia sanggup melakukan apa sahaja untuk memiliki Ryan sehingga sanggup mengupah orang mengianai Dian seterusnya memisahkan pasangan ini.

Dalam keadaan yang tidak begitu jelas, Ryan yang tidak boleh menerima apa yang menimpa isterinya telah menjauhkan diri dari Dian. Dian yang  disisihkan merasa jauh hati dan meminta dihantar pulang ke pangkuan mamnya semula. Setelah ditinggalkan tanpa sebarang berita akhirnya Dian disahkan hamil. Hasil desakan kakak Ryan yang amat menyayanginya dan kehadiran semula abang angkat Dian telah menyebabkan Ryan kembali ke sisi Dian.

Rahsia Aishah akhirnya terbongkar jua. Hanya kerana ingin mendapatkan lelaki  yang diimpikan dia sanggup menggadai  maruah, meruntuhkan kebahagiaan orang  lain meskipun orang itu sepupunya sendiri. 

ishh..ishh apapun jalan cerita novel ni memang best! Tengok tajuk je dah buat kita tertanya-tanya apasal camtu kan??








17 comments:

  1. Masa zaman remaja dulu rajin baca novel. Now anak je la yang baca suka baca novel.

    ReplyDelete
  2. Looks like an interesting read..nanti nak cari kat bookshop lah

    ReplyDelete
  3. Tahniah kerana terus setia membaca novel Bahasa Malaysia. Salute.

    ReplyDelete
  4. Alaaa.. best pulak jalan cerita dia.. takde didramakan ke macam telenovela lain tu.. heeeee

    ReplyDelete
  5. Akak memang peminat novel..koleksi pun dah banyak betul..yg blom baca pun ada banyak lagi...menarik novel yg ni....nanti akak nak cari la

    ReplyDelete
  6. lama dah tak baca novel... setakat ni dlm paling banyak novel... yng paling terekesan masa baca tu.. novel andai itu takdirnya... xde kena mengena dgn life sendiripun cuma ayat tu bila baca sangat terkesan dekat hati...

    ReplyDelete
  7. Dulu k.fiezz kaki novel gak..tapi skrg dah kurang sikit..sbb byk benor aktiviti nk buat..update blog,fb/ig/twitter, promote biz + kerja hakiki..lepas kerja, tugas isteri pulak..fuhhh..bz..haha

    ReplyDelete
  8. Menarik ni..nti nak share gak dgn kengkawan yang kaki novel..

    ReplyDelete
  9. wah detailnya sinopsis dan jalan cerita pun menarik :)

    ReplyDelete
  10. wah... lama rasanya tak baca novel tapi saya selalu baca novel yang thriller. haha.

    ReplyDelete
  11. Rajin awk baca novel kn..tp novel mmg best. Klu dah layan susah nk stop 😄

    ReplyDelete
  12. lama dah tak layan novel. rindu juga..verita macam ni lebih kepada profilik cinta...mungkin kelainannya cara dia mendapatkan cinta tu..rasany la

    ReplyDelete
  13. Masa dulu2 mmg rajin baca novel..tapi sejak dah berumur ni makin liat nak membeli dan membaca

    ReplyDelete
  14. Wow, jalan ceritanya mantap... Mungkin akan baca nanti.. Insya-Allah untuk sumber inspirasi saya untuk menulis kembali juga... :)

    ReplyDelete
  15. Karya Cik D memang best pernah baca... Yang ni pon menarik juga nanti nak carilah

    ReplyDelete
  16. macam best Jalan cerita. Nak tahu kesimpulan Dian maafkan Ryan? Nak cari buku tersebut.

    ReplyDelete

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Adbox