Sandwich viral

November 26, 2017 9 Comments
Sandwich viral
Alhamdulillah, merasa juga sandwich viral ni hehe. Masa mula-mula sandwich ni viral tak sempat nak merasa. Order tak kena masa. Orang tu buat COD area Tanah Merah- Machang je. Last-last ianya berakhir camtu je. Nanti baik tak mengandung ke apa kalau tak memang meleleh la air liur kempunan la jawabnya hikhik

Ciktie

Ini kira entry throwback la. Kejadian sebenar dah pun berlaku minggu lepas. Ada sorang akak ni datang pejabat. Dia sebelum ni memang kerja kat sini. Tapi buat sistem bata dengan ciktie. Dia yang bawakan 2 bekas sandwich viral ni. Dalam tu ada macam-macam jenis sandwich la. Ada yang keju, telur apa lagi tah.. tapi kita try yang telur je. Yang lain tak sempat nak try dah habis hahaha

Ciktie

Rupanya kecil je saiz sandwich tu ya. Ingatkan saiz ia bahagi dua je sekeping roti tu. Tapi rupanya tak. Dari segi rasa ok la cuma hmmm kalau beli makan kat rumah mau tak cukup tu hikhik. Kreatif betul la peniaga sekarang ni. Ciktie memang respect sangat. Inilah antara insentif peniaga nak tarik perhatian orang untuk dapatkan produk mereka.  Tapi untuk penuhi kehendak sendiri ciktie rasa buat sendiri lagi ok kot. Boleh makan banyak pastu boleh letak bahan-bahan tu lebih sikit. Nak-nak kalau letak tomato tu lebih kan 😅😅 dua tiga menjak ni ciktie suka betul dengan buah yang satu ni




Giveaway Dhia Sumayyah (20/11/17-14/12/17)

November 24, 2017 4 Comments
Giveaway Dhia Sumayyah (20/11/17-14/12/17)


Simple Review Tinynasweet

Giveaway Dhia Sumayyah (20/11/17-14/12/17) dianjurkan oleh Miss TinynaSweet khas untuk mendapatkan sokongan bagi melayakkan Dhia Sumayyah melangkah ke pusingan seterusnya.
Blog TinynaSweet ini mula diwujudkan pada bulan 7 Tahun 2012 rasanya la.. Bertemakan ala-ala sweet kalau tak silap ciktie, blog ini mengetengahkan warna pink dan merah pada tulisan label. Nampak sweet je kena sangat la nama pemiliknya tu.

Oklah ciktie nak ajak korang-korang yang free tu untuk join serta GA ni.
Jom la apa tunggu lagi.. tak susah pun nak join :)






Testimoni Perlaking Hari Ke-11

November 23, 2017 9 Comments
Testimoni Perlaking Hari Ke-11
Hari ini masuk hari ke-11 dah cuba Perlaking ni. Setakat ini alhamdulillah memang gatal-gatal (ekzema) dah tak sekerap dan seteruk sebelum ini. Kalau sebelum ini tersilap masuk/ lepak tempat panas sikit, kulit cepat je berpeluh dan mulalah gatal-gatal tu. Tang mengaru tu memang best lepas tu mulalah tinggal kesan. Luka takyah cerita la. Nak-nak kena air pula..bisanya makkk aii .. lebam lagi hahaha nasib la siapa suruh mengaru kan 😅😅


Perlaking

Lepas ambil Perlaking ni memang nampak kesannya tu sikit. Gatal-gatal dah kurang tak macam sebelum ni. Kalau tergaru tu cepat je kulit ni bertindak balas. Kesan lebam tu pun cam tidak ketara sangat. Ada-ada cam tiada. Sebelum ambil Perlaking ini ada juga terbaca testimoni penggunanya. Boleh kata semua bagi feedback yang positif. Tapiii tak acilah kalau bulat-bulat terima penerangan dan testimoni diorang semua tu je. Bagi ciktie selagi tidak mencubanya sendiri selagi itulah tak puas hati. Dan kebetulan my sis offer Perlaking dia punya ni..


Testimoni

Orang kata kesan pengambilan Perlaking ni dapat dilihat dalam tempoh seawal 1-3 hari. Tapi biasalah ianya bergantung kepada kita juga. Apa-apa yang kita buat itu kenalah konsisten. Barulah berhasil kan?? In Shaa Allah betul tak? Tapi my sis ada cadangkan juga supaya cuba sekotak dua dulu. Yalah baru cuba sehari dua dah bising tanya bila nak putih hahaha tapi tak taulah kot-kot tak perasan. Kulit kita kan memang dah camni. 

Apapun setakat hari ini ok lagi la. Ohh ya! Lagi satu nak bagitau kuku pun dah tak mudah pecah. Biasanya kalau panjang sikit kuku ni mudah patah. Tapi maaf la tak dapat nak share gambar untuk buat testimoni hari ke-11 pengambilan Perlaking. Nak tunggu habiskan 30 sachets ni dulu. Nanti kita sambung cerita lagi ya..

Sebelum terlupa. Promosi harga Perlaking masih lagi dibuka tau terutamanya dekat website Putihgebu.com. Diskaun sebanyak rm40 daripada harga asal iaitu Rm160. Sampai bila diskaun tu tak pasti lagi. So, apa kata sebelum terlambat tu cepat-cepat dapatkan dari agent-agent sah berdekatan tu. 







Giveaway Photo Polaroid azhafizah.com

November 21, 2017 17 Comments
Giveaway Photo Polaroid azhafizah.com
Sempena buka kedai Print Photo Polaroid, Fiza nak buat satu "Giveaway Photo Polaroid azhafizah.com" untuk semua blogger. Syarat-syarat mudah sangat. Tak perlu nak tekan follow atau like dan sebagainya. Hanya perlu buat satu entri copy paste dan letakkan link entri dalam kotak komen. Senang kan? jomlah beramai-ramai meriahkan Giveaway yang mudah lagi simple ni.


Hadiah
20pcs photo polaroid saiz 3R x 1 pemenenang.
20pcs photo polaroid saiz 2R x 1 pemenenang.

Tarikh Tamat
30 November 2017, 23:59

Note : Pemilihan pemenang secara random.


Berminat untuk print photo polaroid murah, boleh terus email : azhafizahmdnor@gmail.com atau whatsapp terus >> http://azhafizah.wasap.my/
Read more: http://www.azhafizah.com/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html#ixzz4z4iV9Lxr

Pengambilan Minyak Zaitun

November 20, 2017 8 Comments
Pengambilan Minyak Zaitun
Ciktie

Cantik kan botol ia! Ini rasanya botol yang ke 5 kalau tak silap la. Botol yang pertama dulu pun comel juga cuma dah lupa simpan kat mana. Yang ke-2 tu botol jenis spray. Biasa je la. Yang ke-3 dan ke-4 jenis camni. Yang ni paling besar botolnya.

Ciktie

Tapi rasa cam ada lagi 1 botol lagi la jenis camni juga cuma ia kecil sikit dari yang ini. Kandungan isi minyaknya pun kurang sikit dari yang ini.  Pastu barulah sampai kepada botol yang comel camni. Harga untuk tiap-tiap sebotol tu tak payah cerita lah  tapi ini semuanya adalah pemberian my mom. Cuma botol yang jenis spray tu je dari my sis.

Mula-mula minum dulu memang tak  mampu nak telan tapi bila dah lama-lama ni dah biasa. Nak kata sedap tu biasalah minyak kan??

Penyumbang utama pengambilan minyak ini adalah untuk kuatkan ketahanan badan. Kebetulan masa tu dapat tahu positif tibi. Dekat 2/3 minggu juga rasanya makan ubat tapi cam tak berkesan je. Lepas tu baru cuba amalkan pengambilan ubat bersama minyak ni. Alhamdulillah, keputusan lepas tu bertambah baik.



Giveaway By Yanieninie

November 20, 2017 3 Comments
Giveaway By Yanieninie
Ini GA yang ke-4 dalam tempoh 4 minggu bulan ini je hahaha. Bulan November penuh gan join GA nampaknya blog ni kali ini. Jangan ada yang yang dah jemu singgah sini ya. Bukan tiada idea nak dikongsikan tapi sebenarnya tak tau camne nak mulakan. Jadi untuk pastikan blog sentiasa update kita join dulu mana-mana GA yang mudah dan simple dulu. Menang atau  kalah belakang kira yang penting kita sama-sama bagi sokongan dekat kekawan blogger 😘😘 tapi kalau menang tu alhamdulillah, syukur 😄😄

Oklah jom pakat join GA ni. Mana tau kita antara 5 yang bertuah tu kan 😅  












Veil Izara

November 18, 2017 4 Comments
Veil Izara
Veil Izara

Tahniah! Dah selamat bergelar isteri orang dah. Semalam dah tengok dah sikit gambar kahwin diorang. Tapi kali ni nak tengok lagi hehe bukan apa sebab suka sangat tengok lakonan dia. Lagipun dia memang cantik kan. Selena Gomez versi Malaysia. Jadi bila dia dah kahwin lagi-lagi la nak tengok. Orang dah lawa. Pakai apa pun tetap cantik inikan pula mengenakan rekaan Datuk Rizalman Ibrahim lagi la.

Veil Izara

Tapi perasan tak veil dia pakai tu tak seperti veil yang kita pernah tengok. Biasa veil yang kita tengok tu kainnya lembut. Terletak elok atas kepala tapi dia punya lain kan?? Tengok sekali gaya dia pakai veil tu tak ubah cam selendang kerabat diraja India pakai kan. Tak pernah tengok ya?? Boleh rujuk gambar kat sini certa JodhaAkbar yang pernah bersiaran di saluran Zee dulu. Kalau ciktie salah minta maaf ya..

Datuk Rizalman Ibrahim

Apapun tahniah sekali lagi buat pelakon kesukaan ciktie, Izara Aishah (25) yang telah selamat bergelar isteri dengan sekali lafaz kepada Muhammad Adib Khalid (27) yang juga merupakan anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza yang berlangsung dalam satu majlis di Damansara kelmarin. Sama cantik sama padan. Semoga berbahagia selamanya. Aamiin

Veil Izara






Jadual Penggal Persekolahan Sesi 2018 Kumpulan A Negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu

November 18, 2017 Add Comment
Jadual Penggal Persekolahan Sesi 2018 Kumpulan A Negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu
Jadual Penggal Persekolahan Sesi 2018 dah keluar dah walaupun cuti akhir tahun sesi 2017 baru aje nak bermula. Tapi dengar kata dah ada ibubapa yang dah siap sedia dah keperluan persekolahan anak-anak mereka untuk sesi 2018. Alhamdulillah!!! Buat persiapan awal-awal tiadalah berebut-rebut disaat-saat akhir nanti. 

Berikut adalah Jadual Penggal Persekolahan Sesi 2018 untuk Kumpulan A Negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu. Untuk Kumpulan B sila rujuk kat disini





Prof Hariz Internet Marketing by PolicyStreet

November 17, 2017 3 Comments
Prof Hariz Internet Marketing by PolicyStreet
Prof Hariz atau nama sebenar Ridhauddin Hariz merupakan satu nama besar yang tidak asing lagi dalam bidang Internet Marketing Malaysia. Berasal dari Permatang Pauh, Pulau Pinang. Merupakan anak sulung daripada tiga adik beradik. Pemegang Diploma Sistem Komputer dari  Kolej ADTEC Melaka dan semenjak dari itulah beliau menceburkan diri dalam bidang Komputer dan internet seterusnya melangkah ke bidang online marketing dan pemasaran atas talian.

Ciktie

Bermula tahun 2014 beliau telah menubuhkan syarikatnya sendiri iaitu PH ProjectBase Resources dan dari situ jugalah beliau berkecimpung dengan kaedah pemasaran atas talian dengan menggunakan media sosial, strategi pemasaran menggunakan email, Google Analytics, Search Engine Optimization (SEO), rekabentuk laman web dan juga pemasaran melalui konsep funnel marketing.  

Kepakaran dan pengalaman beliau melalui SEO menyebabkan beliau dilamar oleh Syarikat Exabytes Group Sendirian Berhad pada 2 tahun lalu. Beliau dipertanggungjawabkan untuk menjana idea-idea baru serta menerokai strategi-strategi pemasaran yang inovatif menggunakan teknologi internet yang terkini seperti penghasilan laman web, blog, komuniti media sosial dan juga lain-lain kaedah komunikasi.

Ciktie

Pada tahun 2017, Prof Hariz maju setapak lagi apabila dilantik sebagai Penasihat SEO di syarikat As White Global Sdn Bhd. Sebagai Penasihat SEO beliau bertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan SEO kepada klien-klien tidak kira di Malaysia ataupun di luar negara.

PENCAPAIAN PROF HARIZ
  • Penganjuran program diet secara online  ‘Prof Hariz Kongsi Tips Kurus’ bersama Utusan Malaysia yang melibatkan 500 peserta dari seluruh Malaysia (Ogos 2014). 

ciktie

  • Diiktirafkan sebagai Top 3 Affiliate Malaysia oleh Infokerjaya kerana berjaya menjana jualan sehingga RM 1000,000 dalam masa 5 bulan melalui penjualan ebook kerjaya serta membantu calon-calon menduduki peperiksaan online dan temuduga SPA (Disember 2014).
  • Penganjuran Seminar Buat Duit Affiliate Dengan Blog di Karangkraf dimana beliau telah berkongsi pengalaman beliau menjejaki dunia perniagaan secara affiliate di mana beliau dapat menjana puluhan ribu ringgit dalam tempoh yang singkat (Disember 2014).
  • Penganjuran pelbagai bengkel dan seminar, antaranya :-
    • Bengkel/Seminar bertajuk Buat Duit Dengan Blog di Politeknik Seberang Perai (Mac 2015)
    • Bengkel Affiliate Ninja (April 2015)
    • Bengkel Email Marketing (Jun 2015)
    • Private group coaching bersama Shaklee Malaysia untuk membuat strategi penjualan sebanyak RM 10 juta pada tahun 2016 (Disember 2015)

Ciktie

  • Kerjasama dengan Irfan Khairi dalam seminar khusus untuk peniaga-peniaga bagi membuat penjualan dengan blog (Februari 2016).
  • Penganjuran Private Coaching Group 365 – Bagaimana Jana Pendapatan 4 Angka Dengan Blog bersama 40orang suri rumah. Hasil daripada program ini Berjaya membantu 10orang suri rumah untuk menjana pendapatan sekitar RM 10,000 sebulan secara konsisten (Ogos 2016).
  • Temuramah oleh Astro Awani,  memberi pandangan beliau berkenaan dengan Potensi Digital Ekonomi untuk Negara Malaysia pada masa yang sama Jack Ma (Pengasas dan tuan punya syarikat gergasi Alibaba Group Of Companies) telah dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Digital Kerajaa Malaysia (Disember 2016).

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN OLEH PROF HARIZ INTERNET MARKETING MALAYSIA

Prof Hariz menawarkan perkhidmatan SEO yang mampu membantu para usahawan memasarkan perniagaan mereka secara atas talian. Bukan itu sahaja tetapi beliau juga menawarkan perkhidmatan review di blognya WWW.PROFHARIZ.COM kepada usahawan yang ingin memperkenalkan produk mereka kepada orang ramai dengan cara lebih cepat dan pantas. Artikel review ini adalah artikel yang mempunyai unsur SEO dimana ia boleh meningkatkan penjualan sesuatu produk berlipat kali ganda dari biasa.

Antara lain-lain perkhidmatan yang ditawarkan oleh Prof Hariz adalah :-
  • Marketing di Google
  • Personal Coaching Zero Marketing to Hero
  • Funnel Marketing
  • Review

Jadi sekiranya anda baru sahaja memulakan perniagaan atau tidak tahu bagaimana cara untuk melariskan jualan produk anda Prof Hariz sedia membantu anda sebagai penasihat perniagaan anda. Hubungi terus Prof Hariz di laman sosial berikut :-

Info Mengenai Prof Hariz
Facebook : https://www.facebook.com/profhariz
Fanpage : https://www.facebook.com/profharizmy/
Whatsapp : 6012-5336713

PROF HARIZ INTERNET MARKETING MALAYSIA BY POLICYSTREET

Dan sekarang ini Prof Hariz telah dilantik sebagai Pengurus Pemasaran Internet di sebuah syarikat Insurans iaitu PolicyStreet. Apa yang anda perlu ketahui sekarang  adalah ..


Hariz

POLICYSTREET

PolicyStreet merupakan syarikat insurans yang mudah, senang dan mampu di bayar oleh semua orang kerana PolicyStreet lebih menumpukan kepada mereka yang memerlukan insurans contohnya seperti kakitangan syarikat, university, usahawan, kelab kesihatan dan macam-macam lagi.

PolicyStreet merupakan syarikat insurans yang menawarkan pelbagai jenis insurans mengikut keperluan. Antaranya adalah :- 
  • Insurans Perubatan
  • Diabetes
  • Kanser
  • Kehidupan yang mampu
  • Tulang belakang
  • Bantuan jalan raya jangka pendek
  • Peralatan musik
  • Perbehentian kerja

Apa yang lebih menarik lagi, syarikat ini juga menawarkan perkhidmatan insurans untuk produk yang lebih kecil seperti
  • Keracunan makanan
  • Kerosakan rambut
  • Sewaan
  • Berbasikal
  • Keracunan alkohol
  • Menonton
  • Mendaki
  • Penyewa
  • Perlawanan bolasepak
  • Cinta
  • Peralatan musik
  • Perkahwinan
  • Majlis pengebumian

Bukan semua syarikat insuran menawarkan perkhidmatan tersebut bukan?? Jadi DAPATKAN SEGERA INSURANS POLICYSTREET SEKARANG ! Bersama-samalah kita mencipta masa depan bersama

Info Mengenai PolicyStreet


" Contest Cash RM1100 by PH x Emas Putih di Sponser Oleh Prof Hariz dan Emas Putih. Untuk join contest ini sila rujuk disini


Tutorial Buat Slide Post Gambar Di Instagram

November 15, 2017 1 Comment
 Tutorial Buat Slide Post Gambar Di Instagram
Akhirnyaaa dapat juga buat slide post gambar dekat Instagram. Hehe janganlah gelak. Kesian kita tau 😥 Sebenarnya dah lama nak try buat tapi baru sat ni menjadi. Main tekan-tekan je tak sangka akhirnya dapat juga walaupun agak ketinggalan hikhik. Baru tahu function sebenar icon tu. Hari tu ada juga tanyakan officemate cara nak share post slide camni tapi diorang tak tau 😥😥

Tutorial Buat Slide Post Gambar Di Instagram
  • Seperti biasa pilih icon + untuk masukkan gambar
  • Pilih icon petak kanan yang paling hujung
          
  • Pilih gambar mengikut turutan yang diingini
           
  • Langkah seterusnya adalah seperti biasa nak post gambar dekat ig.
           

Senang je kan?? Tapi dalam senang-senang tu ada juga yang lupa hikhik.



Berat Idea

November 14, 2017 6 Comments
Berat Idea
 Ushhh penatnya hari ni. Pagi tadi dah terlewat pergi klinik. Ada temujanji dengan doktor.. minggu lepas dah pergi dah tapi just untuk ambil darah. Tapi pagi ini untuk ketahui result darah tu camne. Tapi alhamdulillah !! Still mantain lagi la. Next  appointment lagi 3 bulan. Harap-harap result nya berpanjanganlah baik camni.

Tapi seriusly tadi ramai betul dekat sana. Gara-gara semalam cuti hari ini semua orang pergi berkumpul kat situ. Parking kereta pun penuh! Masuk-masuk je dah tak ada tempat nak duduk. Sandar je dekat dinding atau pintu tadi. Kesian tengok makcik-makcik yang terpaksa berdiri. Apalah salahnya kalau kita yang muda belia tu bangun dan bagi makcik-makcik tu duduk. Bukan kejap-kejap diorang kena berdiri tu. Kudrat mereka pun manalah kuat sangat macam kita-kita ni. Cuba bayangkan kalau mak kita yang terpaksa berdiri camtu. Memang sah-sah kita tak sampai hati kan?

Eehh tadi masa check saringan sebelum masuk jumpa doktor kan ada penimbang. So, kita naik la timbang kejap..berat badan kita dah naik la 3 kilo. Kira ok la !! Nak tunggu naik cam sekarang ni memang susah la. Biasanya paling berat 45kg je tapi tadi dah capai 48kg. Berat korang berapa ya?
Kalau ikut gambar ni agak-agak korang kat no.berapa ya??



Yes ! Isnin Cuti

November 10, 2017 8 Comments
Yes ! Isnin Cuti
Yes!! Alhamdulillah..
Hari Isnin ni kita dapat cuti juga la. Dari hari sebelum-sebelum ni lagi ramai duk tanya kan hikhik. Walaupun tak bertuah haha boleh guna kan ayat tu 🤔🤔 cam korang-korang yang dapat 4 hari tu termasuk hari ini. Kira ok la.. dapat juga 3 hari 😘😘

Ciktie

Agensi Kerajaan Negeri Kelantan ditutup selama 3 hari sempena Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V yang ke-48 mulai esok - Sabtu, 11 November 2017 hingga 13 November 2017 (Isnin). Dan akan mula beroperasi semula pada Selasa - 14 November 2017.







My Ping in TotalPing.com