120917 Perginya Bapa Saudaraku

September 13, 2017
Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Sesungguhnya kematian itu pasti akan datang kepada kita. Bila dan dimana hanya Dia yang lebih mengetahui. Bila mengingatkan saat itu memang terasa takut sangat.


Pagi semalam seorang lagi hamba-Nya dijemput pulang. Takziah buat semua keluarga arwah bapa saudaraku. Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan hambanya yang beriman. 
Aamin.

Tak sangka usaha kerasnya untuk membolehkan urusan di Pejabat Tanah Bachok berjalan lancar sebelum ini merupakan urusan terakhirnya untukku. Nada suaranya lembut je bila bercakap. Penampilannya sentiasa kemas. Sentiasa senyum.. Semoga arwah tenang disana.

Orang baik² ni sekejap je Allah pinjamkan kat sini kan. Segala kebaikan yang diberikan selama ini sentiasa diingatan. 

Takziah juga buat seluruh warga kedah diatas kemangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah.







Share this :

Previous
Next Post »

2 ulasan

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com