belVita Breakfast Biscuits Launches New Banana & Oats Flavour - Ciktie Dot Com

Breaking

Thursday, August 24, 2017

belVita Breakfast Biscuits Launches New Banana & Oats Flavour


Alhamdulillah, hari ini ada juga masa terluang setelah beberapa hari sibuk dengan agenda kat office.
email pun hari ini baru sempat tengok.. Ohh ya Mondelēz International, sebahagian daripada pengeluar snek terbesar di dunia Mondelēz International telah memperkenalkan satu produk baru bagi rangkaian biskut belVita Breakfast iaitu belVita Perisa Pisang dan Oat !  Mungkin ada yang dah tahu mungkin juga ada yang belum kot kan

Sharon Tan, Ketua Bahagian Biscuits and Salty Snacks, Mondelēz International bersama Dr Hamid Jan, Profesor Madya, Sekolah Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM)

belVita Breakfast Biscuits Launches New Banana & Oats Flavour

Produk yang mengandungi ramuan berkhasiat dan bermutu tinggi untuk memenuhi gaya hidup dan citarasa rakyat Malaysia kerana rata-rata rakyat Malaysia sekaran ini telah menyedari kepentingan sarapan sebagai sajian harian utama bagi memastikan kecergasan minda, badan dan jiwa. 

Oat atau bijirin memang terkenal dengan kandungan serat, pelbagai mineral serta zat-zat yang mampu merendahkan paras kolesterol, sekaligus menjadikannya amat sesuai bagi sarapan pagi. Walaubagaimanapun, oat sahaja tidak mencukupi untuk menjamin pemakanan yang sempurna. Oleh demikian, buah-buahan seperti pisang adalah antara pelengkap yang sesuai dengan adanya kandungan serat, kalium, vitamin C dan B9 yang dapat menyumbang kepada kesihatan jantung. Lagipun, pisang merupakan buah-buahan tempatan kegemaran rakyat Malaysia yang murah dan senang diperolehi.

Jadi dengan gabungan pisang dan oat yang penuh nutrisi dalam produk terbaharu ini, ia bukan sahaja dapat membekalkan pengguna dengan pilihan yang lebih sihat menyediakan sarapan yang lazat dan
seimbang tetapi juga boleh dimakan begitu sahaja tanpa memerlukan sebarang penyediaan sekali gus menjadi pilihan yang mudah dan bersesuaian dengan rutin rakyat Malaysia yang sibuk sekarang ini. 

(Dari L ke R) Hansen Lee, Sharon Tan, Dr. Hamid, Dr. Ezani Farhana dan Jenn Chia pada pelancaran Pisang & Oats belVita baru
“Sarapan yang baik adalah penting bagi kesihatan fizikal, mental dan emosi dalam jangka masa panjang. Ianya turut memainkan peranan penting bagi mengelakkan tekanan darah tinggi dan diabetes. Memulakan hari dengan sarapan yang bermutu tinggi dikatakan dapat membantu mempertingkatkan kesihatan, menjaga keseimbangan hormon, serta memberikan tenaga yang mencukupi. Ianya juga merupakan satu cara yang sangat baik bagi mencegah obesiti dan mengekalkan Indeks Jisim Badan (BMI) yang sihat.” tambah Dr Hamid Jan Bin Jan Mohamed, Profesor Madya di Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Program Nutrisi dan Dietetik Universiti Sains Malaysia (USM). 

Biskut belVita Breakfast boleh diambil berserta hidangan sarapan pagi yang seimbang bagi memulakan hari dengan sempurna dan penuh semangat. Ianya sebaiknya diambil dengan buah-buahan, produk tenusu dan bijirin untuk memberikan kombinasi karbohidrat, protein, lemak, vitamin, kalsium, zat besi dan zink yang seimbang.

Semenjak pelancarannya di Malaysia pada bulan Ogos tahun lalu, rangkaian biskut belVita Breakfast
terus mendapat sambutan yang memberangsangkan di kalangan pengguna. Ini merupakan perisa ketiga belVita yang diperkenalkan berikutan prestasi kejayaannya di pasaran menerusi dua perisa utama, iaitu Susu & Bijirin serta Madu & Coklat.

“Jadual seharian saya sentiasa berubah dari masa ke semasa disebabkan oleh kepelbagaian tanggungjawab dan kekerapan bergerak ke beberapa tempat dalam masa yang singkat. Sebagai seorang yang mengamalkan gaya hidup sihat, sarapan yang bermutu tinggi merupakan hidangan harian paling penting bagi saya dan ini membolehkan saya memulakan hari dengan minda, emosi dan tubuh badan yang cerdas. Biskut belVita Breakfast merupakan sumber tenaga yang mudah dan cepat kerana ianya lengkap dengan pelbagai nutrien bagi menjamin sarapan yang seimbang, walaupun pada pagi yang paling sibuk.” ujar Hansen Lee seorang personaliti TV dan jurulatih yoga dan kecerdasan bertauliah yang turut hadir pada majlis pelancaran belVita Breakfast Biscuits Launches New Banana & Oats Flavour.
  
(Dari L ke R) Guru gaya hidup yang terkenal, Jenn Chia, Hansen Lee dan Dr. Ezani Farhana menunjukkan pengalaman minda, badan dan jiwa yang lengkap pada majlis itu

Harga dan Tempat Jualan
  • belVita Pisang & Oat boleh didapati dalam dua (2) pilihan pek:
    • 80g (RM2.90)
    • 160g (RM5.20)
  • Perisa baharu ini telah dijual di semua pasar raya besar, pusat membeli-belah serta kedai runcit bermula Ogos 2017.
  • Semua biskut belVita Breakfast ini mengandungi sekurang-kurangnya 50 peratus bijirin untuk membekalkan karbohidrat kompleks yang merupakan sumber tenaga utama pada waktu pagi.
  • Biskut belVita Breakfast ini juga merupakan sumber serat dan mengandungi sekurang-kurangnya 8g bijirin tulen dalam setiap hidangan berserta lapan jenis vitamin dan mineral yang membekalkan tenaga dan khasiat untuk memulakan hari dengan baik.

2 comments:

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Adbox