Download DHPB

Januari 31, 2017 Add Comment
Download DHPB
Download DHPB | 26 Episode lakonan Uqasha Senrose dan Shah Iskandar dalam certa Dan Hati Pun Berkata dah selamat dah ciktie download. Sebelum ini dah downlad dah separuh tapi hari ni last episode. Sweet sangat diorang dua ni dalam certa ni. Lakonan Syatilla Melvin sebagai Natrah pun tak kurang hebat juga. memang hebat la bukan tak kurang lagi..geram sangat tengok watak dia tu. Suka sangat menghasut dan menyakitkan hati si Irra. So, ciktie download siap-siap buat koleksi. Senang nanti kalau nak tengok balik

Colouroflifek

Oh ya.. jangan tak tau certa Dan Hati Pun Berkata ni pun diadaptasi dari novel juga tau. Dah lama dah ianya ditayangkan..ciktie pun dah tengok sebelum ni cuma sekarang je baru sempat download. Boleh kata kebanyakan certa sekarang ni semua diadaptasi dari novel. So, ciktie download je lah mana certa yang tak sempat nak tengok. Ada kelapangan baru layannn 

Shah Iskandar
Apa lagi la si natrah tu

Syatilla Melvin
akhirnya ..

Uqasha Senrose
Happy ending

Jom download certa lain pula


Urusan Hati Cik Drama Queen

Januari 28, 2017 1 Comment
Urusan Hati Cik Drama Queen


Urusan Hati Cik Drama Queen | In shaa Allah, drama ini akan bersiaran mulai 06 Februari 2017 di saluran Astro Ria dan HD. Setiap hari isnin hingga khamis. Akan diterajui oleh pelakon hebat seperti Scha Alyahya, Aiman Hakim, Randy Pangalila, Ozlynn dan ramai lagi. 

Sinopsis:-
Betul kata orang. Nak lupakan cinta lama, kita kena temui cinta yang baru. Perkenalan dengan jiran baru yang awalnya kelat-kelat masam, akhirnya melahirkan rasa cinta yang baru.
Lantaklah kalau lelaki itu anak Che Yam sekalipun. Nak buat macam mana? Hati Syazlin sudah tersuka pada Fadhlan. Kali ini dia nekad. Perasaan harus diluahkan. Di atas tiga helai kertas, dia karang ayat-ayat cinta untuk lelaki itu. Siap tabur bedak wangi lagi. Tapi… rupa-rupanya Fadhlan sudah ada kekasih hati. Malunya dia apabila mengenangkan surat tiga helai yang boleh mengundang sesiapa pun untuk ‘termuntah hijau’ selepas membacanya.
Macam mana ni?! Kenapalah hidup dia terlalu banyak drama? Pantang bercinta… pasti putus cinta. Syazlin pun tak tahu sama ada putera idamannya itu sebenarnya wujud ataupun tidak. Mungkinkah putera idamannya itu ialah Faris yang sudah menjadi suami orang atau Fadhlan yang baru sekadar menjadi tunangan orang?
Eh! Tapi… takkanlah budak Nizam si rambut Kpop itu pulak?
“Selagi hati dia begitu dan hati aku begini, sampai bila-bila pun urusan hati kita belum selesai.”



Tips Ibu dan Bapa : Jadilah Yang Pertama

Januari 28, 2017 1 Comment
Tips Ibu dan Bapa : Jadilah Yang Pertama

Tips Ibu dan Bapa : Jadilah Yang Pertama | Jadilah orang pertama yang mengajar surah al-fatihah kepada anak-anak sendiri ! Jangan sampai orang lain mendahului sebab surah ini akan selalu dibaca oleh anak kita setiap hari seumur hidup.

Sangat besar pahala orang pertama yang mengajarkan surah ini kepada seseorang anak.

Sumber : FB


Lelaki Teragung Juara Lagu 31 (AJL 31)

Januari 27, 2017 1 Comment
Lelaki Teragung Juara Lagu 31 (AJL 31)
Lelaki Teragung Juara Lagu 31 (AJL 31) | Tahniah Dayang !! Baru sempat layan AJL 31 hikhik.. orang lain tengok live tapi ciktie baru sempat nak tengok. Itupun tengok kat youtube..nasib baik la pagi ni kerja tak banyak sangat..nak-nak line internet ok sikit kan. Masa member gtau lagu Lelaki Teragung yang menang. Mati-mati ingatkan lagu Anuar Zain. Rupanya tertukar gan lagu Lelaki ini kuang..kuang..kuang 

Ok lah ni senarai pemenang AJL 31 yang lalu. 

Pesembahan terbaik - Hang Pi Mana (Khalifah) 
Vokal terbaik - lelaki teragung (Dayang Nurfaizah
Tempat ke-3 - Sudah ku tahu (Projektor Band) 
Tempat ke-2 - Terimaku seadanya (Misha Omar & Hafiz Suip) 
Juara : Lelaki Teragung (Dayang Nurfaizah)



Friday of the 13th

Januari 22, 2017 3 Comments
Friday of the 13th
Friday of the 13th | Sebuah film thriller yang mengisahkan Jason sewaktu kecil dipaksa melihat ibunya yang dipenggal kepalanya oleh salah seorang wanita yang ketika itu cuba melarikan diri dari ibu Jason yang cuba membunuhnya di danau – Camp Crystal Lake.

Pinjam gambar dari en. google je
Setelah beberapa puluh tahun kemudian, sekumpulan remaja telah berkunjung ke tempat itu untuk berkhemah. Satu persatu mereka mati dibunuh dengan sadis oleh Jason kecuali seorang perempuan yang wajahnya mirip ibu Jason iaitu Whitney.

Beberapa minggu kemudian, sekumpulan remaja lain pulanya mengunjungi tempat itu. Tetapi bukan tempat itu sebenarnya tapi berdekatan Camp Crystal Lake. Kebetulan pada ketika itu, abang Whitney (Clay) kesana untuk mencari adiknya yang hilang. 

Pucci times

Januari 20, 2017 2 Comments
Pucci times
Pucci times | Macam-macam trend tudung sekarang ni kan. Kalau tak silap sekarang ni trend  tudung yang ada cam design peta dunia tu rasanya. Kalau tak silap la. cantik juga tapi tak mampulah nak rembat buat koleksi walaupun sehelai. Tudung pucci yang rembat 2 helai gan officemate hari tu pun baru sehelai cuba..sehelai lagi simpan dulu. Kononnya nak pakai bila dah beli kanta lekap nanti hehe tak nak tudung tu mengembang sangat la sebab sekarang ni pakai spek kan hikhik. Tah mampu tunggu or tak pun tak tau ni hikhik. 


Ok, inilah tudung pucci tu. Cantik tak? cantik kan..kan hikhik. Yang pink tu belum rasmi lagi tau.
Masa beli hari tu RM35 sehelai banding harga asal. Masa tu ada diskaun hujung tahun.


GIVEAWAY TUDUNG BAWAL BERSAMA AZLINDA ALIN

Januari 20, 2017 4 Comments
GIVEAWAY TUDUNG BAWAL BERSAMA AZLINDA ALIN
Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin Terasa macam lama sangat tak buat giveaway kat blog. Beberapa minggu lepas, mummy buat giveaway di facebook je. Meraikan sahabat facebook pula katanya. Okey lah, berbalik pada Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin. Seperti biasa, syaratnya mudah sahaja. Jom join ramai-ramai !


Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin





GIVEAWAY TUDUNG BAWAL BERSAMA AZLINDA ALIN



Syarat - syarat Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin

1. Buat satu entri blog yang bertajuk Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin
2. Tinggalkan URL entri anda di ruangan komen entri ini.
3. Follow blog , G+ dan subscribe YouTube
4. Giveaway ini berlangsung dari 19 Januari 2017 - 31 Januari 2017

3 warna tudung bawal akan diberikan pada 3 pemenang (pemilihan warna secara rawak). Warnanya ialah pink, oren dan kelabu.

Keputusan pemenang pula akan di umumkan pada bila-bila masa selepas tarikh tutup.

Untuk memudahkan info, boleh add mummy dalam bloglist. Senang nak tahu info bila mummy update pemenang Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin


GIVEAWAY TUDUNG BAWAL BERSAMA AZLINDA ALIN

Ini contoh tudung bawal mummy warna biru dan hitam. Material tak panas, mudah pakai, mudah gosok dan mudah bentuk juga

GIVEAWAY TUDUNG BAWAL BERSAMA AZLINDA ALIN

" height="435" width="640" />







Lirik lagu Sedalam-Dalam Rindu Nyanyian Tajul

Januari 19, 2017 Add Comment
Lirik lagu Sedalam-Dalam Rindu Nyanyian Tajul


Bila kau hadir di dalam diriku
Indahnya bagai irama dan lagu
Bila kau jauh terasa merindu
Wajahmu terbayang di hatiku

Biarpun engkau jauh di mataku
Serasa bagai purnama merindu
Begitu sedalam dalam cintaku
Sayangnya pada dirimu

Sungguh ku terasa pilu dan sayu
Bila kau berjauhan dariku
Namun kau yang bertahta di hatiku


Jangan kau pergi meninggalkan diriku


Hanya kau yang tersemat di jiwaku
Hanya kau yang sentiasa di hatiku
Cuma kau yang ku harapkan selalu
Moga kau terus merasa merindu

Tiada lagi ku berasa sangsi
Walaupun tanpa dirimu di sisi
Cukup sekadar diriku di uji
Namun kau tetap di hati

Sungguh ku terasa pilu dan sayu
Bila kau berjauhan dariku
Namun kau yang bertahta di hatiku
Jangan kau pergi meninggalkan diriku

Hanya kau yang tersemat di jiwaku
Hanya kau yang sentiasa di hatiku
Cuma kau yang ku harapkan selalu
Moga kau terus merasa merindu

Tiada lagi ku berasa sangsi
Walaupun tanpa dirimu di sisi
Cukup sekadar diriku di uji
Namun kau tetap di hati 







Ketahui Cara Blog / Website Di Banned Google AdSense

Januari 13, 2017 Add Comment
Ketahui Cara Blog / Website Di Banned Google AdSense
Ketahui Cara Blog / Website Di Banned Google AdSense | Usha-usha tutorial sitemap jak tadi tercuba cara mengetahui blog pernah di banned google AdSense. Dah alang-alang cuba tu ciktie kongsikan terus la. Mana tau esok-esok ciktie nak guna balik cara ni ke..senang la sikit nak cari.


Tahu tak kenapa perlu ketahui Cara Blog / Website Di Banned Google AdSense ini ?? 

Dah tau sebabnya kan?? 
Kalau nak semak klik je sini atau layari je website http://www.bannedcheck.com/


Sumber : www.buatblog.net



Tahniah Faiz Subri

Januari 10, 2017 Add Comment
Tahniah Faiz Subri
Tahniah Faiz Subri | Tahniah Faiz Subri ! Alhamdulillah muncul pemain pertama asia yang memenangi anugerah Puskas FIFA 2016. Anugerah itu telah disampaikan oleh Ronaldo, lagenda bola sepak Brazil di Zurich, Switzerland. Siapa sangka aksi anak kelahiran Air Hitam, Kedah yang berusia 30 tahun dalam Liga Supernya bertemu Pahang, Februari tahun lalu di Stadium Bandaraya betul-betul membawa tuah kepadanya kan. Alhamdulillah, tahniah sekali lagi. Bangga sangat sangat ciktie jadi anak Malaysia..






Jumaat Pertama Tahun 2017

Januari 06, 2017 4 Comments
Jumaat Pertama Tahun 2017
Assalamualaikum wbt


Bila sedang marah, lebih baik jangan berkata-kata.. 
lebih baik diamkan diri kerna apabila kemarahan itu reda
penyesalan pasti akan timbul sebaik sahaja kemarahan itu mula reda

Sekadar peringatan dan renungan
kita bersama di hari jumaat pertama di tahun 2017..




Lirik lagu Menahan Rindu Nyanyian Wany Hasrita

Januari 05, 2017 1 Comment
Lirik lagu Menahan Rindu Nyanyian Wany Hasrita

Sekali dengar suara Wany Hasrita ni cam suara Siti Nordiana lak. Walaupun lagu ni cam mendatar je tapi ciktie suka. Suka dengar..suka layan hikhik. Apa kata meh kita layan sesama uools

Sejenak ku termenung
Awan pun mulai murung
Tiada siulan-siulan burung-burung
Menemani hariku
Menemani sepiku
Tersiksa angkara menanggung rindu

Oh angin
Kau kirimkan kalimah kasihku
Agar dapat ku dengari kalamnya berbunyi
Biarpun sekadar cuma
Memujuk hati
Akan ku terus berdiri hadapi semua ini

Biarlahku bersendirian
Terkurung dalam kenangan silamku
Biarlah aku
Menahan rindu

Oh angin
Kau kirimkan kalimah kasihku
Agar dapat ku dengari kalamnya berbunyi
Biarpun sekadar cuma
Memujuk hati
Akan ku terus berdiri hadapi semua ini


Biarlahku bersendirian
Terkurung dalam kenangan silamku
Biarlah aku
Menahan rindu
Menahan rindu





Wordless Wednesday : Calendar 2017

Januari 04, 2017 2 Comments
Wordless Wednesday : Calendar 2017

Calendar 2017 | Ada sesiapa nak bagi ciktie calendar meja 2017 tak?? calendar biasa yang lekat kat dinding tu dah banyak dah. Nak calendar meja je tak pun calendar yang koyak hari-hari tu pun boleh jugak. Picture atas ni pun pinjam calendar meja officemate.. istimewa by Domino's Pizza and satu-satunya calendar meja 2017 yang dah ada kat office ni setakat hari ini.





2017 FIRST GIVEAWAY BY SFRNFZL

Januari 03, 2017 Add Comment
2017 FIRST GIVEAWAY BY SFRNFZL

2 Januari 2017 - 2 Februari 2017

2017 FIRST GIVEAWAY BY SFRNFZL | Selamat Tahun Baru uoolls !! Dah hari ke-3 kita berada di tahun 2017. Alhamdulillah, syukur. Tak sempat nak coret banyak-banyak. Bw pun satu 2 blog je. itupun tak sempat nak tinggalkan jejak..maklumlah hari pertama bekerja di tahun baru katakan. Banyak benda kena settle kan dulu. In shaa Allah semoga tahun ni sempatlah curi masa kat office publish 1 entry setiap hari hendaknya..tapi tak tau lah kan. Rancang je dulu

Aiii hujan ohh hujan
bilalah nak berhenti ni..air dah makin banyak
banyak tempat dah mula ditenggelami air. Semua dah pakat risau
sungai, parit, longkang, bendang
apapun semoga semuanya dalam keadaan baik-baik je




My Ping in TotalPing.com