Senarai harga minyak mulai 01 November 2016

Oktober 31, 2016 Add Comment
Senarai harga minyak mulai 01 November 2016
Senarai harga minyak mulai 01 November 2016 - Ehh..ehh minyak dah habis?? Biar betul.. ahaa ciktie baru dapat tau ada stesen minyak dah kehabisan minyak dah gara-gara orang ramai yang pulun habis sebelum 01 November 2016 - esok menjelma.


Eehh..ehh betul ke harga minyak yang dalam paket sekilo-sekilo pun naik jugak?? Bukan ke sebelum ni PM dah umum ke harga minyak dalam botol je yang akan naik bermula esok?? Hmm..





Senarai Lagu Gegar Vaganza Minggu Ke-4

Oktober 31, 2016 Add Comment
Senarai Lagu Gegar Vaganza Minggu Ke-4
Senarai Lagu Gegar Vaganza Minggu Ke-4 - malam tadi seorang lagi peserta #GV tersingkir. So, tinggal lagi 10 peserta lagi yang akan membuat persembahan untuk minggu seterusnya. Bertemakan duet pula untuk minggu hadapan ni.. kebanyakkan pasangan duet diorang ni terdiri dari peserta GV musim ke-2. Nak tau lebih lanjut tunggu minggu depan ya hikhik

Senarai lagu untuk minggu ke-4 #GegarVaganza :-
  1. Doa buat kekasih - Haleeda/Azharina
  2. Bunga Angkasa - Rahmad/Siti Sarah
  3. Lelaki ini - Farahdhiya/Zarul
  4. Pada Syurga di wajahmu - Nizam Laksamana/Gmie
  5. Terlanjur cinta - Ajai/Nora
  6. Nilai cinta - Siti Nordiana/Ameng
  7. Aku yang kau sakiti - Fazli Zainal /Intan Sarafina
  8. Rindu Bayangan - Mamat/Zur Eda
  9. Lamunan terhenti - Ezlynn/Shidi
  10.  Jangan menangis sayang - Acong/ Elly Mazlein


Kedah Juara Piala Malaysia 2016

Oktober 31, 2016 Add Comment
Kedah Juara Piala Malaysia 2016
Kedah Juara Piala Malaysia 2016 - Tahniah Kedah !! Akhirnya malam tadi berjaya juga membawa pulang piala idaman semalaya dengan menewaskan Selangor 6-5 melalui penalti di Stadium Shah Alam. Alhamdulillah, ni dah kali ke-5 diorang bawa balik Piala Malaysia ke negeri jelapang padi. Itupun kali terakhir tahun 2008. Tahniah Kedah !! Seronok orang kedah cuti hari ni kan :) Sorak sampai habis suara dah malam tadi sekarang dah boleh rest




Wordless : 10 Perkara Emak Tak kan Bagitau Kita

Oktober 28, 2016 Add Comment
Wordless : 10 Perkara Emak Tak kan Bagitau Kita

Wordless : 10 Perkara Emak Tak kan Bagitau Kita - 

* Kita dah buat dia sedih
* Dia nak makan makanan tu
* Macamana rasa sakit jika dia terluka
* Sebenarnya dia sangat takut
* Dia tidak sempurna yang kita sangka
* Dia selalu tengok kita bila kita tidur
* Betapa susahnya membesarkan kita
* Patahnya hati dia setiap kali tengok kita menangis
* Fikir tentang kita dulu
* Dia akan buat semuanya untuk kita walaupun dia tau dia tak mampu..

salam jumaat uools
renung-renungkan dan selamat beramal. Tak sempat nak bw mana-mana lagi. on blog ni pun ciput-ciput masa dah huhu.. Jom kita balik rumah semua..time bekerja untuk minggu ni dah nak berakhir dah. Sambung minggu depan pula


Kebaikan Duku Terengganu

Oktober 27, 2016 1 Comment
Kebaikan Duku Terengganu
Kebaikan Duku Terengganu - Ia betul !! Tak tipu pun tak caya boleh cuba tapu buah ni ciktie tak tau mana pokoknya. Tumbuh kat mana pun tak tau. Area mana..siapa punya lagi la. Yang ciktie tau ia dari Terengganu. Import khas dari sana melepasi bandar KB untuk sampai ke tangan ciktie hehe boleh pula camtu hahaha

Kelebihan buah

Oklah.. Ini betul buah Duku Terengganu tau. Ada office mate ni, dia dari bahagian lain. Dialah yang bawakan untuk ciktie. Semalam tak dapat nak ambil sebab ada masalah teknikal sikit. So minta dia pass je kat office. Dapat member-member lain sesama merasa buah dari Terengganu ni. Alhamdulillah..susah-susah je awak

Masa memula makan tu rasa cam manis sangat buah ni. Manis..manis betul la sekali rasa. Cam buah rambutan yang betul-betul masak tu. Yang dah cam ada air. Masak sangat dah. Masak sangat tu.. Tak ada rasa masam-masam or pahit sikit pun cam buah duku yang ciktie pernah makan. Tapi tak tau la kot-kot time tu ciktie baru lepas makan nasi kan nak-nak dalam office tu sejuk. Tapi ciktie ada dengar orang kata buah duku dari Terengganu ni lain sikit. Sekarang ciktie tak nafikan la..

Second round ciktie makan..rasanya tak ada la semanis buah sebelum ini tapi still di kategorikan manis juga la hehe.. Lagi satu buah ni tak kira besar or kecil ia tetap ada biji. Biasa ciktie jumpa yg besar-besar je ada biji hehe tapi ciktie kemusykilan sikit la. Betul ke ke kalau makan buah ni banyak-banyak ia boleh menyebabkan dia cepat nak buang air. Yang ciktie tau ia boleh menyebabkan kita sakit urat-ubat.. badan

Senarai Lagu Gegar Vaganza Minggu Ke-3

Oktober 25, 2016 Add Comment
Senarai Lagu Gegar Vaganza Minggu Ke-3
Senarai Lagu Gegar Vaganza Minggu Ke-3 - Minggu ni seorang peserta GV dah terkeluar. So, masih ada 11 peserta lagi yang akan membuat persembahan. Bertemakan ada beran haha..tak sabar nak tengok. 

Senarai lagu untuk minggu ke-3 #GegarVaganza :-

  1. Generasi - Zarul
  2. Joget sayang di sayang - Siti Sarah
  3. No women no - Azharina
  4. Sudah ku tahu - Nora
  5. Lelaki seperti aku - Ameng
  6. Seni berzaman - Gmie
  7. Perawan atau janda - Elly Mazlien
  8. Karma - Zue Eda
  9. Penantian - Intan Sarafina
  10. Penawar rindu - Rem
  11. Kenapa dikenangkan - Shidi


Gegar Vaganza Musim Ke-3 : Team Zarul

Oktober 24, 2016 Add Comment
Gegar Vaganza Musim Ke-3 : Team Zarul
Gegar Vaganza Musim Ke-3 : Team Zarul - Sape tengok Gegar Vaganza malam tadi?? Alahaiii bestnya suara Zarul malam tadi. Betul ke suara dia tu..cam tak caya pula ehhh..ehhh

gegar vaganza

Semua persembahan malam tadi semuanya best-best belaka. ciktie pun tak tau nak masuk team mana lagi ni kecuali team zarul la kan senyum dah sampai ke telinga dah ni.


GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS

Oktober 21, 2016 3 Comments
GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS
GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS - Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera (dah jawab ke belum tu???), hari ini mummy nak melancarkan satu Giveaway. Dah lama tak buat giveaway,kan. Sampai, ada yang bertanyakan pada mummy. Bila nak buat giveaway lagi?? Haaaa...ni mummy dah buat GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS. Jangan tak join, tau !



GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS

Tadaaaa.. Ni jam untuk GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS. Koleksi jam ini di ilhamkan dari Lisa Surihani. Yang di beri jenama Lisa's Fghends. Boleh refer Facebook Lisa's Fghends


SYARAT MUDAH GIVEAWAY AZLINDA ALIN JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS


3 pemenang di cari !! Cepattt sertai Giveaway ini. Nak tahu syaratnya?? Mudah saja. Syaratnya seperti berikut :-

1. Buat 1 entri blog "GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI "

2. Follow blog www.azlindaalin.com

3. Follow G+ INI

4. Follow Facebook ini, Facebook Rush Media dan Instagram ini

5. Tinggalkan URL di ruangan komen ini.


KEPUTUSAN PEMENANG GIVEAWAY AZLINDA ALIN JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS

Giveaway ini bermula dari tarikh 20 Oktober 2016  hingga 25 November 2016

Keputusan pemenang akan di beritahu dalam blog ini pada bila-bila masa selepas tarikh tutup. 

Kesimpulannya, kene rajin terjah  blog ini la ye...kalau nak tahu siapa gerangan yang menang dapat jam tangan Lisa Surihani ni.


Semoga berjaya ! 







Pembentangan Bajet 2017

Oktober 21, 2016 Add Comment
Pembentangan Bajet 2017
Pembentangan Bajet 2017 - Mesti ada yang tertunggu-tunggu apalah berita yang mengembirakan yang bakal disampaikan oleh PM kita sempena pembentangan bajet petang ni kan. Tak kurang juga yang nak mendengar pemberian bonus untuk kakitangan awam. Sementara buat makcik-makcik dan pakcik-pakcik pula tak sabar nak ketahui status pemberian Br1m untuk tahun 2017. Bagi ciktie sendiri pun apa yang diberi itulah yang diterima. Terima seadanya orang kata kan.. jangan tetiba diumumkan kenaikan harga barang sudah la.. walaupun ada ura-ura kenaikan harga minyak dan kenaikan kadar gst huhu

Apapun sama-sama lah kita tunggu kesudahannya petang ini.




Estranged Feat Fazura - Hancur Aku (Official Music Video)

Oktober 18, 2016 1 Comment
Estranged Feat Fazura - Hancur Aku (Official Music Video)
Estranged Feat Fazura - Hancur Aku (Official Music Video) | Oo.. Estranged Feat Fazura ke lagu ni. Ok juga laa kan..lagipun ciktie tak pernah dengar pun Fazura nyanyi sebelum ni. Kalau mengilai adalah hikhik. Ost Patahnya sebelah sayap. Certa yang tengah hot sekarang ni. Jom layan ..

Tajuk : Hancur Aku
Artis : Estranged Feat Fazura
Ost : Patahnya Sebelah Sayap

LIRIK LAGU HANCUR AKU - ESTRANGED FEAT FAZURA

Apa khabar teman ?
Ku perlu bicara
Kerna aku hilang
Tanpa kamu
Apakah ertinya ?
Ke semua ini
Ku merindukan kehadiranmu

Hancur, hancur aku
Bila-bila saja
Hancur, hancur aku
Hancur, Hancur aku
Bila-bila saja
Hancur, hancur aku

Apa khabar teman ?
Ku tunggu bicara
Harap engkau cari diri aku
Apakah ertinya ?
Kesudahan ini
Sepatutnya kau rindu
Kehadiranku

Hancur, hancur aku
Bila-bila saja
Hancur, hancur aku
Hancur, Hancur aku
Bila-bila saja
Hancur, hancur aku

Bila engkau tiada (bila engkau tiada)
Rindu kau bicara
Hancur, hancur aku

Bila teringatkanmu (ku teringatkanmu)
Hancur, hancur saja
Bila inginkan mu
Hancur aku (hancur aku)




Bekalan air terputus

Oktober 17, 2016 1 Comment
Bekalan air terputus
Bekalan air terputus | Dah tengah malam dah ni tapi bekalan air masih lagi terputus ni. Nak solat nak mandi pun susah.

Ni kali ke-2 dah bekalan air kat rumah ni terputus. Tapi sebelum ni tak ada lama camni. Ni dari tengahari tadi bawa ke tengah malam ni masih camni. Tak pepasal malam ni ada orang yang mandi huhu

Apa la Air Kelantan ni. Kalau ada apa-apa bagitau la dulu. Jangan nak susahkan orang camni. Tiada memo tiada apa tup-tup air tiada. Dah la rumah ni tiada tangki. Betul-betul la diorang ni..tak kan la tak terfikir kot nak bagitau sepatah kata or memang info tak sampai ke mari?? 

Masa duk KL dulu pun tak macam ni. Boleh je diorang bagitau.. Sempat la juga simpan air 2/3 baldi..ni jangankan kata nak simpan habis kering air dalam rumah ni adalah


Hari Sukan Negara

Oktober 08, 2016 1 Comment
Hari Sukan Negara
Hari Sukan Negara - dah lama tak bersenam tetiba bersenam ni haha kram sekejap kaki ni. Hari ni office ciktie buat hari sukan peringkat 8 briged.

Walaupun acara bermula sedikit lewat dari aturcara yang dirancang ianya sedikit pun tak menjejaskan aturcara yang telah diatur. Sebaik selesai jamuan ringan tadi 4 acara telah berlangsung serentak. Antara acara tu adalah :-

1. Sukaneka untuk kanak-kanak
2. Bola jaring (perempuan sahaja) - tempat ke-4
3. Fubsal - tempat ke-3
4. Sepak takraw

Tepat pukul 12 tengahari betul-betul acara sukan ni berakhir. Sekian ciktie melaporkan dari Padang Kawad 8 Briged hehe perasan la kejap



Selamat Tahun Baru 1438 Hijriah

Oktober 03, 2016 Add Comment
Selamat Tahun Baru 1438 Hijriah
Hai, assalamualaikum wbt
Tak terlambat lagi untuk ciktie ucapkan Selamat Tahun Baru 1438H.
Hari ini dah masuk hari ke-2 kita berada di tahun baru Hijriah.. Semoga tahun baru ini lebih baik dari tahun lepas..lepas dan lepas..lepas tu ya 😊 InsyaAllah, amiin


Hari ni ciktie cuti lagi 😀😀 esok baru mula kerja. Dari minggu lepas ciktie cuti 3 hari - Sabtu hingga Isnin. Tapi minggu lepas ciktie cuti sebab deman. Ni pun masih ada lagi rasa-rasa tak enak badan 😩 Musim orang tak sihat sekarang ni kan. Penuh orang dekat farmasi mai nak beli ubat. Apapun doakan ciktie cepat sembuh dan boleh jalani rutin harian dengan sempurna ya.. Ok lah nak rest dulu. 

Dah lama sebenarnya ciktie tak bw blog-blog korang. Rindu sangat nak baca entry korang tu tapi ciktie tak sempat lagi. Nanti ciktie cuba sempatkan diri ya hikhik


My Ping in TotalPing.com