Semak Saman AES Secara Online !!

April 26, 2014


Alahai keciannya officemate ku ni terpaksa keluar bayar saman kat JPJ, yae?? Ada 3 saman dan salah satunya saman bukan atas namanya. Camner tu?? Apapun sekarang just nak share cara nak semak saman AES.


1. Semak Saman AES Melalui SMS

Untuk menyemak saman Trafik, Saman JPJ atau Polis secara SMS.

Taip POLIS SAMAN ( NO. Plat kenderaan ) dan hantar ke 32728 .
* Caj RM0.50 akan dikenakan bagi setiap SMS


2. Semak Saman AES Melalui SMS 15888

Selain semak saman AES secara SMS macam cara 1, cara yang ni pun boleh digunakan. 

Taip POLIS SAMAN [NO. Plat kenderaan] dan hantar ke 15888
* Setiap SMS akan dicaj RM 0.20. 

  
3. Semak Saman AES Melalui Website

Juga boleh semak saman melalui website Rangkaian Interaktif Laman Elektronik Kerajaan (RILEK).
- Saman Saman AES Online PDRM Rangkaian Interaktif Laman Elektronik Kerajaan (RILEK).
- Saman Saman AES Online PDRM

4. Semak Saman AES melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Semakan saman juga boleh dibuat melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) secara percuma. Sebelum itu, kita perlu memohon dan mendaftar ID Sikap dikaunter JPJ yang berdekatan. Antara perkhidmatan yang disediakan;
  • Semakan Saman/Notis Semakan Senarai Hitam
  • Rayuan Lesen Memandu Tamat Tempoh
  • Semakan Tarikh Luput Lesen Kenderaan Motor
  • Semakan Tarikh Luput Lesen Memandu dan banyak lagi ..

5. Semak saman AES melalui Android Smartphone
 
Bagi pengguna Android Smartphone, anda mungkin boleh mencuba mengguna aplikasi-aplikasi berikut untuk menyemak saman AES secara online;
  • Malaysia Polis Summons
  • Check Saman JPJ

Share this :

Previous
Next Post »

4 ulasan

  1. Laju laju nak pergi check..hihi..tq share :)

    BalasPadam
  2. Haha.. dah check.. mujur tak ada apa2.. risau wei. Nak beyar tu

    BalasPadam
  3. Assalammualikum...CT,

    terima kasih perkongsian artikel nie..

    mselim3

    BalasPadam
  4. arituh ade drive kete husband..sekali kete tembak daaaaa..so disebabkan kete die, makanye die la bayo...boleh gitu..kihkihkih..

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com