Angkara Rakan Baik Hilang RM19 juta

Jun 14, 2013
Melaka: Akibat mempercayai rakan baik yang juga pegawai kanan sebuah bank, seorang kakitangan kerajaan di sini menanggung kerugian RM19 juta selepas wang diserahkan secara berperingkat kepada lelaki itu untuk didepositkan ke dalam akaunnya sejak tiga tahun lalu, lesap.

Wanita berusia 47 tahun itu dikatakan menyedari wang didepositkan melalui suspek hilang selepas pergi ke bank untuk mengemaskinikan akaunnya pada 3 Jun lalu sebelum membuat laporan polis.

Suspek yang menyedari tembelangnya pecah apabila mangsa membuat laporan polis, menghilangkan diri serta tidak hadir bekerja dan gagal dikesan sehingga kini. Pegawai bank berusia 28 tahun yang berjawatan pengurus unit di bank terbabit dipercayai memindahkan wang mangsa ke dalam akaun tiga rakannya melalui Internet dan dikeluarkan secara berperingkat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Melaka Superintendan Soh Hock Sing berkata, bertindak atas laporan dibuat, polis menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat kes berkenaan.

“Hasil siasatan polis membawa kepada tertangkapnya dua lelaki berusia lingkungan 20-an di Bukit Beruang pada Isnin lalu dan menemui semula wang mangsa berjumlah RM11 juta. “Dua lelaki yang diberkas itu dipercayai pemilik akaun yang mana pegawai bank terbabit memindahkan wang mangsa ke dalam akaun mereka,” katanya pada sidang media pejabatnya, semalam.

Soh berkata, polis bagaimanapun masih mengesan pegawai bank terbabit yang menghilangkan diri bersama seorang lagi rakannya bagi membantu siasatan kes berkenaan. Menurutnya, berdasarkan siasatan awal polis, mangsa yang mengenali suspek menaruh kepercayaan terhadap lelaki itu untuk mendepositkan wang ke dalam akaunnya sejak tiga tahun lalu.

“Urusan mendepositkan wang itu tidak dilakukan di kaunter bank sebaliknya melalui suspek yang diberi kepercayaan oleh mangsa. “Setiap kali transaksi dibuat, mangsa diberikan resit penerimaan sebagai bukti dan ia berlarutan sehingga wanita itu menyedari ditipu apabila dimaklumkan bahawa resit transaksi diberikan palsu ketika dia pergi mengemas kini akaun,” katanya.

Beliau berkata, pada awal tahun, mangsa ada memberitahu mahu memeriksa penyata akaun simpanan tetapnya, namun dihalang suspek dengan memberikan pelbagai alasan.

Malah, katanya, bagi meyakinkan wanita itu, pegawai bank terbabit pernah memberikan satu penyata akaun.

“Sehubungan itu polis sedang mengesan Chua Ken Juan dan seorang lagi lelaki, Low Kim Hsen, 25, bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu,” katanya.

Sumber : myMetro 

sampai hati betul rakan baik buat camtu. Nak kata tak kerja tapi berkejaya. Macam-macam boleh jadi

 

Share this :

Previous
Next Post »

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com