Pakaian Kita

September 14, 2012

http://sna-aai.blogspot.com/2012/09/pakaian-kita.html#.UFKWiXqVMYA pernah tak kita semua terfikir
apakah Allah Taala redha dengan pakaian kita sehari-hari?
Kenapa kita berpakaian seumpama itu?

adakah semata-mata kerana untuk mendapat keredhaan Allah atau untuk mendapat pujian dari manusia semata-mata?

surah An-Nur ayat 31 telah dijelaskan bahawa

Dan katakanlah kepada perempuan-peremuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka daripada memandang yang haram, memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya serta hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, bapa, bapa mertua, anak mereka, anak tiri mereka, saudara mereka, anak kepada saudara perempuan atau lelaki mereka, perempuan Islam, hamba, orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah Taala, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu menjadi orang yang berjaya.


Sekian, Wassalam..


Share this :

Previous
Next Post »

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com