Selamat Hari Raya

Ogos 17, 2012

Sunyinya pejabat hari ini berteman beberapa orang office mate dan radio Hot fm je yang belum berangkat pulang ke kampung huhu sejuknya, mau beku kita kat pejabat camni !! ish..ish.. tak sabar nak balik malam nanti. Harap2 semuanya berjalan lancar dan di permudahkan oleh-Nya inshaa Allah, amin. Doakan yae semoga selamat semuanya.

Kepada semua perantau yang akan pulang ke kampung, hati2 selalu terutamanya yang memandu. Ingatlah orang tersayang. Hari ni kita nak ambil half day.. Sempena 'Syawal' yang bakal menjelma nanti, kita nak minta ampun dan minta maaf kalau ada salah dan silap sepanjang berblog or terkomen bagai. Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin. Taqabbalallahu minnaa wa minka (Semoga Allah menerima dari kami dan darimu). Nanti sama-samalah kita menyambut 'S' secara bersederhana. Ingatlah mereka yang tidak berkemampuan. Semoga segala tindakan kita semua mendapat rahmat dari-Nya, amin.

Senang2 nanti jemputlah datang rumah raya nanti. Boleh kenal-kenal, betul x? ok lah, sekian.
Selamat hari raya semua  ^-^


Share this :

Previous
Next Post »

1 ulasan

  1. memang sejuk nak-nak sekarang rmai orang dah tak ader kat ofiz. betul x?

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com